Rabu, 15 Mei 2013

#PascaPRU13 : Gardenia Nafi Fitnah #PR Harga Naik.


Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, anak syarikat makanan yang di senarai di Singapura, QAF Ltd, pada Selasa menjelaskan bahawa harga produknya tidak dinaikkan.

"Sudah lebih setahun Gardenia menjadi sasaran siri penipuan yang disebarkan oleh beberapa orang. Fitnah terbaharu ialah harga roti kami naik.

"Ini fitnah semata-mata. Produk Gardenia di Semenanjung Malaysia tidak dinaikkan," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Yap Kim Shin, dalam satu kenyataan.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd beroperasi di Semenanjung Malaysia.

Minggu lepas, pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin mengenai kenaikan harga roti Gardenia.

Khabar angin ini bermula di Internet dan sejak itu tersebar luas dalam beberapa media perdana.

Yap berkata harga produk Gardenia di Semenanjung Malaysia stabil sejak beberapa tahun dan syarikat itu menyerap kenaikan kos pengeluaran.

"Syarikat itu yakin kenaikan harga hanya sebagai merupakan tindakan akhir jika semula aspek lain dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti, tidak dapat ditangani.

"Penipuan dan fitnah ini bertujuan mensabotaj Gardenia. Kami memberi jaminan kepada pengguna bahawa khabar angin ini tidak benar sama sekali dan meminta pengguna mengesahkan kandungan yang dibaca di Internet.

Harga produk Gardenia di senarai pada tag "kwik lok" dan/atau dicetak pada pembungkus.

Pengguna dinasihatkan menyemak sendiri harga dan tidak mendengar atau menyebar maklumat palsu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gardenia, layari www.gardenia.com.my.Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengeluarkan roti buku pertama dalam barisan pengeluarannya pada 1986.

Hari ini, selepas 26 tahun, Gardenia mempunyai kemudahan di lima kilang dengan 39 unit penyimpanan stok dan menghasilkan 1.8 juta unit produk setiap hari.

Gardenia baru-baru ini menerima Anugerah Emas berprestij pada anugerah Putra Brand Awards 2013. -

BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah