Jumaat, 17 Mei 2013

#pascaPRU13 : Pengajaran untuk mereka suka benda 'Haram'

Nik Nazmi Didakwa Anjur Perhimpunan Haram Tanpa Kebenaran


Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat atas dakwaan gagal memberi notis 10 hari lebih awal kepada pihak polis sebelum menganjurkan perhimpunaan tanpa kebenaran, 8 Mei lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, Kelana Jaya dekat sini pada pukul 8.30 malam pada 8 Mei lalu.

Nik Nazmi, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya dihadapan Hakim Rozina Ayob.

Peguam Eric Paulsen yang mewakili Nik Azmi memberitahu mahkamah, pihaknya akan memfailkan secepat mungkin permohonan bagi membatalkan pendakwaan ke atas anak guamnya berdasarkan alasan salah guna kuasa kerana pendakwaan itu, lebih bersifat politik.

Nik Nazmi didakwa di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan berhadapan dengan denda maksimum RM10,000 jika didapati bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mewakili pasukan pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan kes.

Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah