Friday 24 May 2013

Pengarah gersang Kantoi : ‘Lakonan’ tak menjadi.

Lakonan Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang yang menukar baju dan menutup mukanya dengan jaket sambil diiringi rakannya tidak menjadi, apabila ia dapat dikesan petugas media yang menunggu untuk mengambil gambarnya di Mahkamah Rendah Syariah Balik Pulau, di sini, semalam.

Ketika itu, beliau dikesan menggantikan orang lain dengan menukar kemeja oren dipakainya sebelum itu dengan seorang lelaki lain dipercayai rakannya yang diiringi sambil ditutup wajah dengan jaket dan menaiki kereta meninggalkan pekarangan mahkamah.

Bagaimanapun, taktik itu tidak menjadi apabila petugas media dapat mengesan beliau yang sudah menukar baju dan masih berada di mahkamah untuk menjelaskan wang jaminan.

Terdahulu, tertuduh Rozimin Ahamed Kamil, 46, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah bilik hotel di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Isnin lalu.


Pasangannya, Nor Hamiza Ahmad, 35, seorang kakitangan Tabung Haji Pulau Pinang juga mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Zaidi Abdullah, yang kemudian menetapkan 27 Jun ini sebagai sebutan semula kes.

sumber : mymetro

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment