Thursday 23 May 2013

PERHATIAN !! Jangan terpengaruh e-mel guna nama isteri PM @NajibRazak.


Orang ramai diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan sebaran e-mel palsu menggunakan nama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.


Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa e-mel itu menggunakan akaun palsu dan berniat jahat.

"Pejabat Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai sebaran e-mel yang menggunakan nama Datin Seri Rosmah Mansor sedang beredar di internet.    

"Diharapkan orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan agenda untuk memperdaya masyarakat dan mencemar nama baik isteri Perdana Menteri," kata kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri juga menyatakan bahawa satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara tersebut.- Bernama


No comments:

Post a Comment