Rabu, 15 Mei 2013

Perlukah kita menyimpan "duri dalam daging" dalam pentadbiran Kerajaan ? #pascaPRU13 #PRU13 #BetterNation #NajibMyPM


Mungkin ramai yang akan panas "pungkuq" serta akan mengutuk apa yang di paparkan ini. Kerajaan Barisan Nasional tak ler sekejam dan zalim untuk untuk menindakkan "periuk Nasi" dan rezeki Rakyatnya. 


Kupasan Menarik dari Blog Melayu Kedah Terakhir  Berkenaan dengan  PEMBELOTAN KAKITANGAN AWAM, PERLUKAH KITA MENYIMPANNYA LAGI? KK juga memang merasakan dan tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh segelintir Kakitangan Awam. 

Apabila Husam Musa dicalonkan oleh PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya, ramai yang bersorak hebat terutama sekali para penyokong PAS. Mereka menggambarkan yang Husam Musa akan menjadi ahli dan pemimpin PAS pertama yang dapat mengalahkan UMNO di kawasan yang menjadi kubu kuat mereka.

Namun keputusan PRU13 tidak berpihak kepada Husam Musa. Beliau telah berjaya dikalahkan oleh penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Walaupun sebelum ini didedahkan bagaimana Husam Musa menggunakan kekuatan jentera-jentera PAS dari kawasan-kawasan berhampiran, termasuklah mengimport awang-awang gedebe dari Kelantan serta ditempatkan di homestay yang amat selesa, namun ada perkara lain sebenarnya yang menjadi persoalan.

Husam Musa dilihat bekerja lebih 'bijak' dengan menggunakan orang dalam atau lebih tepat lagi, pegawai-pegawai kanan kerajaan yang bekerja di Putrajaya.

Adalah difahamkan jentera Husam Musa mempunyai kaedah gerakan yang cukup hebat. Mereka mempunyai maklumat yang sangat lengkap sehinggakan sekolah anak kepada kakitangan awam pun mereka mempunyai butirannya. Bahkan lebih menarik lagi ialah data-data atau perincian berhubung pinjaman perumahan kakitangan awam, pinjaman ANGKASA, Bank Rakyat dan segala macam perincian yang lain juga mereka ada.

Perincian-perincian tersebut digunakan oleh Husam Musa untuk mencucuk jarum hasutan yang paling halus ketika berkempen bagi memenangkan dirinya.

Berdasarkan maklumat, perincian-perincian tersebut telah DISERAHKAN SECARA SUKARELA oleh pimpinan kanan kakitangan awam yang sememangnya merupakan ahli PAS atau PKR.

Pendedahan butiran dan pembocoran maklumat awam sebenarnya adalah satu kesalahan besar di negara ini. Bagaimanapun, sehingga sekarang, belum ada apa-apa tindakan diambil terhadap mereka.

Ini bukan cerita politik dan ini juga bukan cerita partisan. Sebaliknya ia melibatkan kakitangan awam yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab. Kalau perincian tentang kawan-kawan mereka boleh didedahkan kepada pihak yang memunculkan perasaan simpati dan kecenderungan mereka, bayangkanlah sekiranya pihak musuh asing pula berjaya melembutkan hati mereka.

Menyimpan puak-puak pengkhianat ini di dalam perkhidmatan awam, hanya akan membuatkan negara semakin porak-peranda. Kita telah dapat melihat bagaimana kakitangan awam gagal menjalankan fungsi dan dasar-dasar kerajaan menerusi pelbagai kerenah birokrasi dan sebagainya, tetapi yang dipersalahkan adalah kerajaan. 

Kakitangan awam yang amat mudah menerima rasuah, tetapi kerajaan pula yang dikatakan pengamal rasuah. Kakitangan awam yang seleweng, tetapi pihak Kerajaan pula yang dituduh penyeleweng. Adilkah itu?

Seharusnya tindakan pantas dan cekap diperlukan untuk menghapuskan fenomena ini. Tidak mustahil sekiranya, sudah terlalu banyak rahsia kerajaan yang mengalir ke pihak asing dan musuh kerana sikap pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan yang melihat parti politik adalah lebih hebat daripada tugas serta tanggungjawab yang mereka diamanahkan.

Jangan seronok sangat dengan kemenangan tetapi pada masa yang sama, tidak sedar bahawa ada musuh yang sedang bersembunyi di sebalik gebar bergelar kakitangan awam.

tertanya-tanya apakah tindakan drastik pihak Kerajaan BN sekarang terhadap kakitangan ini?

Inilah akibatnya bila pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (yang diberi mandat untuk pengambilan kakitangan baru) tidak menapis sehabis-habis tapis calon-calon kakitangan sebelum diserap sebagai kakitangan Kerajaan.

Bagaimanakah pihak Kerajaan hendak meneruskan setiap agenda, setiap pembangunan, setiap perancangan untuk rakyat dan dalam masa yang sama agen-agen sulit pembangkang bagaikan mensabotaj setiap yang dirancangkan oleh pihak Kerajaan?

Sebagai contoh KK paparkan kembali dimana seorang kakitangan awam begitu "aktif" menghentam kerajaan. Rakaman AUDIO Khutbah Jumaat di Sebuah Masjid.

yang telah di sampaikan.


Maaf kualiti audio kurang memuaskan

 (sila Gunakan earphone)

INI ADALAH #SIRI1

P/S: ANDA NILAILAH SENDIRI............... 

DENGAR DAN FIKIR [klik disini]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah