Wednesday 1 May 2013

#PRU13: Pegawai Penerangan PAS Kelantan Abdul Hamid Tarik Diri Daripada Sokong Pakatan. #GE13 #TolakPR



Pegawai Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Abdul Hamid Derani telah menarik diri daripada menyokong parti itu, beliau berkata konflik sedia ada di kalangan parti komponen dalam Pakatan Rakyat akan menjadi lebih buruk apabila mereka mengambil alih Putrajaya.

"Saya melihat ada perbalahan antara satu sama lain dalam soal pembahagian kerusi, ia merupakan satu tanda keretakan dalam pakatan. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya mereka mengambilalih kerajaan?," katanya.

Abdul Hamid, yang juga bekas ahli Umno berkata isu tersebut nampak lebih jelas selepas hari penamaan calon apabila menyaksikan saingan sesama sendiri di beberapa kerusi yang ditandingi oleh parti komponen, Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, walaupun perkara tersebut hampir selesai namun ketegangan di peringkat akar umbi masih memuncak.Abdul Hamid berkata sekiranya Pakatan menang, akan wujud konflik dalam tiga perkara utama iaitu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta Jemaah Menteri Kabinet.

Beliau mengulangi amaran yang diperkatakan Umno bahawa Pakatan menyebabkan negara menjadi huru-hara sekiranya mereka diberi mandat untuk memerintah.Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata beliau berharao untuk kekal sebagai ahli PAS, namun mengakui dengan kenyatannya seperti ini akan menyebabkan beliau dipecat daripada parti.

"Saya yakin saya dipecat dan biar Jawatankuasa PAS Pusat tentukan bentuk hukuman terhadap saya, Namun itu tidak penting kerana apa yang saya perlu nyatakan adalah kebenaran," katanya.

Abdul Hamid yang dikeremuni wakil BN di sidang media berkenaan berkata beliau yakin PKR tidak akan bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan undang-undang hudud sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan.

"Ketiga-tiga parti mempunyai ideologi yang berbeza dan mereka masih berbalah sesama sendiri walaupun hari pengundian semakin hampir," katanya.

Sumber PAS memberitahu Abdul Hamid merupakan jurucakap Umno yang berkhidmat sebagai penasihat agama kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, PAS sources said that Abdul Hamid was a Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berpaling tadah dan menyertai PAS pada 2007 dan berkhidmat sebagai jurucakap dan Pegawai Penerangan PAS Kelantan.


Mstar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment