Wednesday 15 May 2013

Satu Portfolio Exco Kedah 'Disimpan' Untuk MCA serta lapan sudah diisi. @MukhrizMahathir #HanyaDikedah #PRU13 #BetterNation #NajibMyPM

Satu kekosongan jawatan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah 'disimpan' untuk wakil daripada MCA manakala satu lagi kekosongan akan ditentukan kemudian jika perlu, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata kekosongan jawatan Exco untuk MCA itu akan diisi jika kepimpinan pusat parti komponen Barisan Nasional (BN) itu membenarkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka dilantik sebagai Exco.

Katanya pihaknya telah menghantar surat kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bagi mengemukakan cadangan dan pandangan mengenai pelantikan Exco daripada wakil MCA.

"Harapan saya pihak MCA buat keputusan cepat, saya tak mahu perkara ini berlarutan panjang. Saya tak nyatakan secara khusus mengenai tempoh (untuk MCA beri jawapan), tapi harap keputusan secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan Exco Kedah 2013 di Istana Anak Bukit. Sumber bernama.

Dalam pada itu, Lapan muka baru mengangkat sumpah sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Anak Bukit di sini pada Rabu.

Mendahului senarai ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Chempedak, Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ibrahim diikuti oleh Adun Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob, Datuk Tajul Urus Mat Zain (Tanjong Dawai) dan Badrol Hisham Hashim (Kuala Nerang).

Turut mengangkat sumpah ialah Adun Ayer Hangat, Mohd Rawi Abd Hamid, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah (Belantek), Aminuddin Omar (Jitra) dan Norsabrina Mohd Noor (Bandar Baharu).

Berikut adalah senarai dan Portfolio yang dipegang.

YAB Dato' Paduka Haji Mukhriz Tun Mahathir
(Menteri Besar Kedah)
Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, 
Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber
Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan dan Syarkat Milik
Kerajaan Negeri.


YB Dato' Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, 
Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi.


YB Datuk Suraya Yaacob
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan
Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan


YB Dato' Tajul Urus Mat Zain
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan
Kerja Raya.


YB Haji Badrul Hisham Hashim
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air,
Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan.


YB Haji Mohd Rawi Abd Hamid
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India
dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan


YB Datuk Mohd Tajudin Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan
Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan.


YB Aminuddin Omar
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Kesenian,
Kebudayaan dan Warisan, Badan-Badan Bukan Kerajaan.


YB Norsabrina Mohd Noor
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat,
Komunikasi dan Teknologi Tinggi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment