Isnin, 13 Mei 2013

Waimapun siapa yang dilantik kita kena terima ? @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


Teka-teki mereka yang akan mengisi Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baru bagi negeri Kedah, Pasti akan terjawab esok (Rabu) di Istana Anak Bukit.
Apa diharapkan dengan perlantikan mereka ini, adalah dari kalangan yang mampu buat kerja dan mendahulukan rakyat dalam segala hal. Apabila di pilih nanti tunaikanlah amanah rakyat yang memilih.  Bekerja untuk rakyat jadikanlah pengalaman 2008 sebagai sempadan dimana BN yang sentiasa selesa sehinggakan Kedah Jatuh ketangan Pembangkang.
Desah dusus dari Sinar Harian juga memetik Difahamkan, semua lapan Adun terbabit belum pernah dilantik ke jawatan itu termasuk empat daripada mereka adalah wakil rakyat penggal pertama.Kerajaan negeri sebelum ini melantik 10 exco memegang pelbagai portfolio namun, terdapat desas-desus mengatakan hanya lapan exco dilantik dalam pentadbiran kali ini.

4 muka baru dijangka angkat sumpah Exco Kedah Rabu ini

Adun yang dijangka membarisi kabinet Kedah ialah Adun Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang berpengalaman dalam sektor korporat, selain pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) dan Pengerusi Majlis Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) negeri dijangka mengisi portfolio industri.

Adun Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid yang mampu bertutur dan menulis dalam bahasa Arab, Siam selain bahasa Inggeris pula bakal memegang portfolio pelancongan.

Adun Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob yang memasuki penggal ketiga perkhidmatan disebut-sebut layak memegang portfolio wanita dan keluarga.

Adun Belantek, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah dikatakan bakal memegang portfolio luar bandar manakala, Adun Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain (pendidikan).
Muka baharu yang mendapat perhatian Mukhriz termasuk Adun Kuala Nerang, Badrol Hisham Hashim yang diuarkan memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan manakala Adun Jitra, Amiruddin Omar bakal memegang portfolio belia dan sukan.
Adun Bandar Baharu, Datin Noor Sabrina Mohd Noor juga ahli biologi dikatakan tersenarai untuk portfolio teknologi maklumat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah