Monday 27 May 2013

"Yang ni baru "Blackout". #Black505 #blackout505 #IniKaliLah




Tudia eh!! patut pun layan gambar ni..

Noor Hanim berkata, gambar itu sebaliknya dirakam seorang petugasnya di bilik pengiraan undi Saluran 3 Sekolah Kebangsaan Serdang pada jam 7.32 malam 5 Mei lalu. Setakat berani dekat luar camni kenapa?


Buktikan Kesahihan Gambar 'Blackout' - SPR
Timbalan pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya mengalu-alukan apa-apa sahaja bukti supaya siasatan dapat dijalankan tentang mengapa "pegawai yang dilihat dalam gambar tersebut tidak memakai pakaian seragam SPR".
"Saya juga ingin tahu jika 'blackout' memang berlaku. Saya ingin tahu mengapa pegawai yang mengira kertas undi dalam gambar tersebut tidak memakai pakaian seragam SPR," katanya, Ahad.
Malah, Tenaga Nasional Bhd, kata Wan Ahmad, telah menjelaskan bahawa tiada sebarang kejadian gangguan kuasa semasa proses mengira undi pada hari tersebut.
Beliau mengulas sebagai menafikan dakwaan ADUN Seri Serdang Noor Hanim Ismail bahawa gambar itu adalah palsu.
Dalam satu kenyataan, Noor Hanim dari PAS berkata gambar itu diambil oleh ejen beliau di bilik pengiraan undi Stream 3 di SK Serdang kira-kira pukul 7.32 petang pada 5 Mei.
Gambar yang didakwa itu menunjukkan kakitangan SPR mengira kertas undi menggunakan lampu tambahan.
Bagaimanapun, beliau kemudian memberitahu The Star bahawa beliau tidak membuat laporan polis atau SPR berhubung perkara itu.
Ditanya sama ada beliau merancang untuk berbuat demikian, beliau berkata: "Ia terpulang kepada parti (PAS) untuk berbuat demikian."
Suruhanjaya itu, kata Wan Ahmad, telah menggunakan pelbagai saluran untuk mengesahkan dakwaan kejadian "blackout" sebaik sahaja mendapat khabar angin mengenai insiden itu di beberapa kawasan di Pahang dan Selangor tetapi tidak menjumpai kebenarannya.
Beliau berkata SPR juga telah membuat pemeriksaan dengan pegawai-pegawai di Pahang dan Selangor tetapi laporan mereka kembali negatif.


No comments:

Post a Comment