Thursday 13 June 2013

@anwaribrahim bakal ulang "babak" panas dalam Parlimen. #blackout505


Ehhh !! "apa sudah jadi ngan u punya kempen "BOIKOT".. lu sudah janji sama saya".....

Aduhhhh hai... Siapa tak kenal anwar ibrahim "raja" hipokrit.. Anwar mula membayangkan untuk menghadirkan diri ke Majlis Sidang parlimen pada 24 Jun nanti selepas KEMPEN boikot yang dianjurkan oleh PKR tidak mendapat kerjasama dari PAS/DAP.

Memang nasib kau la... wahai Anwar Ibrahim..#Kaliinilah memang "kareir" politk mengkarung kaun akan musnah ditangan DAP..hehehe, heheheh.Dalam kempen yang dijalankan oleh anwar bagi memboikot sidang Parlimen nanti, mendapat reaksi berbeza dalam Pakatan. 

Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, tiada sebab Ahli Parlimen DAP yang telah memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu memboikot majlis angkat sumpah dan sesi sidang Dewan Rakyat akan datang. 

Katanya, rakyat telah memberi mandat kepada Ahli-Ahli Parlimen DAP yang menang dan golongan itu perlu menghormati keputusan rakyat mahukan mereka sebagai wakil di Parlimen. 

Sementara itu Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula berkata, Pas telah bermesyuarat dan membuat ketetapan akan menghadiri majlis angkat sumpah di Parlimen. 

"Kami telah membuat ketetapan akan hadir. Begitu juga dengan DAP, saya dimaklumkan ahli-ahli Parlimen mereka turut hadir," katanya ketika dihubungi Utusan Online

KK : Memang hipokrik betul...... 



No comments:

Post a Comment