Sunday 23 June 2013

Bekas Pelajar UiTM Ditahan Di Bawah Akta Hasutan. @PDRMsia #Black505


Seorang bekas mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 di hadapan rumahnya di Klang, Selangor pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman Datuk Hadi Ho berkata bekas penuntut itu ditahan pada 5.30 petang berhubung kenyataan di laman blognya yang cuba menghasut untuk menyerang pasukan keselamatan pada perhimpunan haram anjuran pembangkang di Padang Merbok, di sini hari ini.
"Dalam kenyataannya itu turut mengganggap perhimpunan pada hari ini tidak akan berjaya sekiranya kereta FRU (Polis Unit Simpanan Persekutuan) tidak diterbalikkan dan sebagainya," katanya. 
mstar
KK : Aku ingat yang mengaji tinggi-tinggi cerdik..rupanya segelintirnya bangal nak beza intan dan kaca..adoihai sedarlah wahai melayu....

No comments:

Post a Comment