Wednesday 12 June 2013

Biarlah Apa Orang nak gelar dan lakukan terhadap @PDRMsia . @im4uMsia #1Malaysia


Dunia Kepolisan penuh dengan cabaran dan dugaan. Walaupun pelbagai cacian dan makian yang dilemparkan terhadap Angata keselamatan PDRM. Semangat kental serta ketahanan fizikal diperlukan untuk menyertai bidang ini. Kejayaan dan pengorbanan polis yang sering diperlekeh serta dipandang sepi masyarakat terutama sejak akhir-akhir ini. Kepada mereka yang berminat untuk menyertai bidang kePolisan boleh baca artikel di bawah ini.

Mohon Sertai PDRM Secara Dalam Talian.

Polis membuka laluan mudah bagi rakyat Malaysia yang berminat memohon bagi mengisi 4,000 kekosongan jawatan pasukan itu tahun ini.

Pasukan keselamatan itu yakin dapat mencapai sasaran berkenaan berikutan keputusan kerajaan melakukan semakan semula gaji anggota polis baru-baru ini.

Pengambilan dibuka bagi tiga jawatan iaitu konstable bagi mereka yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kadet sarjan bagi pemegang diploma dan inspektor bagi lepasan ijazah.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene berkata, proses permohonan dipermudahkan di mana pemohon yang berminat hanya perlu memohon secara dalam talian melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (www.spa.gov.my).

"Sebelum ini terdapat banyak proses yang perlu dilalui seperti mereka perlu mengisi borang dan pos," katanya.

"Kami akan memanggil calon yang layak untuk menghadiri temu duga sebelum menghantar mereka ke pusat-pusat latihan. Pengambilan dilakukan secara berperingkat.
"Seorang pemegang ijazah boleh memasuki pasukan polis sebagai inspektor berbanding hanya sebagai Kadet ASP sebelum ini.

"Manakala gaji adalah lebih tinggi berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menyemak semula skala gaji," katanya.

Menurut Mortadza, walaupun bagi pangkat yang lebih rendah, menerusi skim gaji baru yang diperkenalkan, mereka akan mendapat gaji yang lebih tinggi.

Selain itu Mortadza berkata, peluang kenaikan pangkat bagi anggota pasukan itu juga bergantung kepada sama ada kakitangannya lulus peperiksaan jabatan ataupun tidak.

"Sebagai contoh koperal akan dinaikkan pangkat dalam tempoh lima tahun berdasarkan skim berasaskan masa, sementara menunggu keputusan peperiksaan," katanya.

Sebelum ini, peluang kenaikan pangkat mengambil masa lebih daripada lima tahun bagi anggota yang berpangkat koperal atau sarjan.


Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.













No comments:

Post a Comment