Sunday 23 June 2013

#black505: Peserta Roboh Khemah, Kekal Berhimpun. @PDRMsia #KL622

Para peserta perhimpunan Blackout 505 masih tidak berganjak walaupun khemah mereka telah diturunkan setelah menerima notis daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengosongkan kawasan di Padang Merbok di Kuala Lumpur pada Ahad.

Perserta perhimpunan Black505 yang berkhemah di Padang Merbok pada Sabtu mula mengemas barangan dan peralatan khemah masing-masing.

Bagaimanapun tinjauan mendapati kumpulan berkenaan masih tidak beredar dari kawasan tersebut walaupun kelihatan lebih ramai anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hadir untuk "memaksa" mereka untuk meninggalkan lokasi.

Terdahulu, DBKL mengeluarkan notis dua jam kepada kumpulan itu supaya segera mengosongkan tapak.

Pegawai penguat kuasa yang ditemui pemberita di lokasi berkata, notis itu dikeluarkan pada 10.15 pagi mengarahkan mereka untuk membuang khemah kerana mereka tidak mempunyai kebenaran daripada Datuk Bandar untuk berbuat demikian.

"Kami memberikan mereka sehingga 12.15 tengah hari dan jika mereka gagal berbuat demikian, tindakan akan diambil," katanya.

Mstar.

KK : Kesian 'beruk-beruk hitam' belaan PR. Bapak beruk dah balik senang lenang kat umah...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment