Khamis, 13 Jun 2013

[ Gambar ]Ribut Petir Di Pulau Pinang TumbangkanTiang Antena Dari Bumbung Bangunan. #beritamalaysia


Salah sebuah kereta yang musnah dalam satu kejadian ribut petir apabila sebuah tiang antena tumbang dari atas bangunan Umno di Macalister road, Pulau Pinang. Dilaporkan, sebanyak tujuh buah kereta dan sebuah lori rosak dalam kejadian itu.

Ribut petir bertiup kencang di Pulau Pinang mengakibatkan beberapa pokok tumbang dan menyebabkan banjir kilat pada Khamis.

Angin kencang yang bermula pada 7 malam telah menumbangkan tiang antena setinggi 40 meter di atas bangunan Umno 21 tingkat di Jalan Macalister.


Seorang dipercayai cedera dalam kejadian ribut itu. Pokok turut tumbang di beberapa tempat.

Di Tanjong Tokong, bumbung dilihat berterbangan dari rumah-rumah.Jabatan Meteorologi berkata, ribut ini berlaku selama kira-kira satu jam dari pukul 7 malam.Seorang lelaki cedera parah selepas tiang besar jatuh dari bangunan.Tujuh buah kereta dan sebuah lori rosak dalam kejadian itu.

Masalah itu turut dilaporkan di beberapa kawasan seperti Esplande, Weld Quay, Jalan Datuk Keramat dan Jalan Masjid Negeri.

Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah