Wednesday 12 June 2013

Hina Agung : Seorang lagi suspek hina Agong akan serah diri Sabtu ini @PDRMsia #fb #blackout505


Melissa merupakan seorang pengurus pemasaran syarikat produk kecantikan yang dikatakan menyembunyikan diri sejak identitinya didedahkan beberapa laman blog.

Seorang lagi individu yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, dijangka menyerah diri Sabtu ini selepas pulang dari luar negara.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Abdul Aziz Zakaria berkata polis dimaklumkan wanita itu akan memberi keterangan kepada polis sejurus tiba di negara ini.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook (FB) yang menggunakan nama 'Melissa Gooi' didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim sempena Hari Keputeraan baginda pada hari itu, dan turut menerima respons yang menghina Yang di-Pertuan Agong daripada rakan FBnya.

Susulan itu, polis menerima 35 laporan daripada pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan yang mahu tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun FB itu serta mereka yang menyokong kenyataan berbaur hasutan berkenaan.

Astro Awani.

KK : Siapa nak tengok 'macai' yang Hina YDP secara 'live' dipersilakan....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment