Thursday 6 June 2013

Isu #FAM : Mana RM15,000 satu perlawanan ? @Khairykj @ASTROARENA #JDT #kakibola #PialaFA2013

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) melahirkan rasa hairan apabila mendedahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) masih belum menerima dana RM15,000 satu perlawanan bagi hak penyiaran.

Tuntutan Tunku Ismail itu hadir selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini meng- umumkan akan memberikan imbuhan tersebut kepada tuan rumah yang diberikan hak siaran langsung perlawanan.

Menerusi satu kenyataan rasmi, Tunku Ismail bertitah, baginda kesal kerana sehingga kini dana tersebut masih belum diterima oleh PBNJ.

"Satu lagi perkara yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan pendapatan daripada siaran langsung perlawanan bola sepak oleh Astro.

"Saya dimaklumkan bahawa untuk setiap perlawanan yang ditayangkan secara langsung di televisyen, persatuan bola sepak tuan rumah akan menerima RM15,000.

"Sehingga kini, saya masih belum melihat satu sen pun daripada hasil tersebut," titah baginda dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, FAM telah bersetuju untuk memberikan dana kepada pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang menjadi tuan rumah untuk liputan siaran langsung, April lalu.

FAM mengumumkan insentif itu menerusi Mesyuarat Exco FAM, dana bernilai RM15,000 akan diberikan kepada tuan rumah manakala RM5,000 akan diserahkan kepada pasukan pelawat.

Untuk rekod, Tunku Ismail pernah digantung enam bulan dan didenda RM18,000 selepas didapati bersalah melanggar Artikel 88 Status FAM kerana mengkritik mutu pengadilan bola sepak tempatan yang disifatkannya tidak mencapai standard yang diharapkan, Mac lalu.

Baginda antara lain menggesa FAM untuk mengkaji kelemahan tersebut agar mutu pengadilan dalam Liga M lebih efisien.

Dalam perkembangan berkaitan, Tunku Ismail turut menyuarakan tentang mutu pengadilan perlawanan bola sepak tempatan.

"Pada masa kini, pengadil perlawanan bola sepak liga tempatan adalah berstatus semi-profesional dan dengan itu, boleh dikatakan berada pada tahap amatur.

"Oleh kerana menyuarakan berkenaan isu tersebut, saya telah didenda dan digantung.

"Ramai sebelum saya juga telah menerima nasib yang sama, semua kerana memberikan pendapat dan cadangan bagi mempertingkatkan mutu bola sepak negara ini," ujar beliau lagi.

Tunku Ismail turut mempersoalkan tentang FAM tidak membenarkan persatuan-persatuan dan individu menyuarakan sebarang pendapat atau pandangan.

"Jadi, bagaimana saya hendak memberi pandangan dan berkongsi pendapat berkenaan hal- hal penting berkaitan bolasepak, jika FAM seolah-olah keberatan untuk bekerjasama?

"Saya telah menulis surat-surat kepada FAM termasuk surat berkaitan mutu pengadilan di negara ini, namun tidak mendapat maklum balas.

"Saya menyuarakan pendapat saya kepada media kerana rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui situasi sebenar.

"Bola sepak bukan suatu entiti persendirian milik mana-mana individu, ia adalah untuk semua lapisan rakyat," titah baginda.-kosmo-

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment