Rabu, 12 Jun 2013

Kecoh !! PAS/DAP boikot @anwaribrahim Apa kes ? #blackout505 #pascapru13 #PRU13 #beritamalaysia


Amat bertepatan sekali, jika anwar ibrahim yang 'berkokok' sebagai anak jantan 'memboikot' sidang parlimen.

Tetapi bagaimana pulak rakan mereka Pakatan.Tenyata rakan merekan menyambut dingin 'kempen' yang dianjurkan Anwar.

Pas dan DAP tidak akan mengikuti langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.

Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, tiada sebab Ahli Parlimen DAP yang telah memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu memboikot majlis angkat sumpah dan sesi sidang Dewan Rakyat akan datang.

Katanya, rakyat telah memberi mandat kepada Ahli-Ahli Parlimen DAP yang menang dan golongan itu perlu menghormati keputusan rakyat mahukan mereka sebagai wakil di Parlimen.

Sementara itu Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula berkata, Pas telah bermesyuarat dan membuat ketetapan akan menghadiri majlis angkat sumpah di Parlimen.

"Kami telah membuat ketetapan akan hadir. Begitu juga dengan DAP, saya dimaklumkan ahli-ahli Parlimen mereka turut hadir," katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini. - UTUSAN ONLINE

KK : nampak gaya 'hasrat' Anwar untuk bersara dari dunia politi akan menjadi kenyataan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah