Wednesday 26 June 2013

#LahadDatu : Blogger @milosuam Didakwa Siar Kenyataan Menakutkan Orang Ramai Ketika Pencerobohan Askar Sulu


Blogger yang berpangkalan di Melaka 'Milosuam' didakwa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kerana menyiarkan kenyataan bertujuan menyebabkan ketakutan orang ramai ketika pencerobohan askar Sulu.

Yusuf Al Siddique Suratman, 29, mengaku tidak bersalah terhadap penyiaran blog di bawah tajuk (Maklumat Sulit: Pendatang Asing Bakal Cetus Huru-Hara di Sabah) yang mana dia turut mendakwa 1,500 warga asing akan menyebabkan huru-hara di Sabah dengan menyiarkan dokumen yang didakwa oleh pihak polis.

Yusuf, didakwa pada Selasa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan rasa takut dan menghadapi maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Edward Paul menetapkan tarikh perbicaraan pada 22-23 Julai dan membebaskan Yusuf dengan ikat jamin RM15,000 dan seorang penjamin tempatan.

Dia juga telah diarahkan untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Peguam Kanan Persekutuan Jamil Aripin memberitahu mahkamah bahawa tertuduh telah didakwa di Kota Kinabalu kerana blog itu telah dibaca secara meluas di Sabah.

Peguam Yusuf Erveana Ansari berkata mereka telah memohon kepada Jabatan Peguam Negara untuk memindahkan kes itu ke Kuala Lumpur.

Terdahulu, Jamil telah membantah ikat jamin untuk Yusof atas alasan Yusuf adalah dari Semenanjung Malaysia tetapi Erveana berhujah bahawa tidak ada sebab untuk tertuduh melarikan diri dengan kesalahan kecil.

Beliau berkata bahawa Yusuf telah berkahwin pada 29 Jun dan sebagai bukan rakyat Sabah, dia perlu menghabiskan lebih banyak wang untuk perjalanan di sini.

Sumber : Mstar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment