Saturday 15 June 2013

Panas !! Kalau dah terima air dari seberang ngaku sajalah. #blackout505


Syyyhhhh !! sekarang baru 'nak' menggelabah 'biawak', ingatlah langit tak selalunya cerah. Selagi diberi peluang dan ruang gunakanlah dengan sebaiknya.

Kedah sudah kalah kepada Pulau Pinang dalam beberapa hal dan kes. Tuntutan Kedah untuk mengembalikan semula Pulau Pinang sebagai salah sebuah daerahnya, nampaknya semakin kelam dan tidak berpenghujung. Sudah tidak kedengaran lagi suara-suara yang mahu menuntut Pulau Pinang agar dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Kedah. Sebaliknya, Pulau Pinang dibiarkan terus menjadi sebuah negeri sekalipun sebenarnya Kerajaan Persekutuan sendiri terikat dengan perjanjian menerusi Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia.

Sudahlah kehilangan dua buah daerah, nampaknya Kedah juga bakal kehilangan air mentah tanpa mendapat sebarang pampasan daripada Pulau Pinang. Lim Guan Eng mungkin berasakan dia seorang Ketua Menteri yang bijak kerana berjaya menakut-nakutkan Kedah dan pentadbiran negeri. Kali pertama dia berjaya menggertak dan memperdayakan pentadbiran Kedah yang diterajui Azizan Abdul Razak.

Adakah kali ini, ketika Kedah di bawah pentadbiran Mukhriz Mahathir, dia juga akan berjaya melakukannya?

Adakah Kedah akan terus memberikan khidmat percuma kepada Pulau Pinang, atau barangkali Kedah sudah mula memikirkan kaedah untuk mendapatkan pampasan atau bayaran daripada Pulau Pinang setelah sekian lama Kedah bertindak sebagai badan kebajikan untuk Pulau Pinang?

Boleh rujuk seterunya di http://kedahan69ears.com/


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment