Monday 17 June 2013

Perbincangan @anwaribrahim bersama pemimpin Indonesia. #blackout505

"Harus diketahui, di Malaysia pilihan raya itu ganas, ada penangkapan, penjara, penghinaan saban hari di televisyen"


Sementara itu, dalam satu pertemuan dengan JK, Anwar mendakwa telah memberitahu masalah yang dihadapi beliau selama ini.

Anwar dipetik mendakwa, sepanjang lima tahun menjadi Ketua Pembangkang, beliau tidak diberi peluang walaupun satu minit untuk bercakap di hadapan media Malaysia.

"Saya tidak dibenarkan masuk ke kampus (universiti), media kerajaan juga tidak boleh," dakwanya.
Anwar adu kepada SBY, JK 'kecurangan' PRU13
Susilo Bambang Yudhoyono, Anwar Ibrahim dan Jusuf Kalla
Sementara itu, Anwar turut mendakwa sering diserang dan dikritik oleh media Malaysia, baik dalam perkara kecil ataupun besar.

"Harus diketahui, di Malaysia pilihan raya itu ganas, ada penangkapan, penjara, penghinaan saban hari di televisyen.

"Bagi rakyat yang tinggal di Malaysia mereka boleh memahami, setiap malam kita dipanggil pro-Amerika, Yahudi, pelampau Islam, pro-Hindu-Buddha, alat Cina. Setiap malam diserang oleh media," dakwanya lagi.

Sehubungan itu dakwa Anwar lagi, JK telah menawarkan diri menjadi pengantara atau orang tengah sebagai langkah perdamaian politik di Malaysia.

Anwar bagaimanapun dilaporkan menghormati pelawaan itu tetapi mengakui bahawa beliau akan terus berjuang ketidakadilan yang berlaku kepadanya pada pilihan raya lalu.

"Saya berkata kepada JK, saya menghormati nasihat beliau, tetapi urusan penipuan pilihan raya ini masih belum selesai.

"Saya tidak akan berganjak kerana pilihan raya umum lalu saya menang.

"Saya memenangi lebih 50 peratus dan (Datuk Seri) Najib Tun Razak kalah. Tetapi mengapa Najib yang mentadbir Malaysia?

"Oleh itu saya memberitahu JK yang saya tetap mengambil tindakan undang-undang tetapi tetap meneruskan himpunan," dakwanya lagi. 

sinar harian.

KK : "Kita orang Islam perlu bersatu padu di atas nama Islam, bukannya menghasut orang dengan mengadakan demonstrasi sehingga berupaya mengundang perpecahan.

No comments:

Post a Comment