Jumaat, 21 Jun 2013

'Perlu Bayar' @cmlimguaneng perlu akur dengan @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


"Sekiranya Pulau Pinang diminta menyediakan bayaran kepada air yang dibekalkan, mereka perlu setuju kerana Kedah tidak boleh tebang hutan untuk mencari sumber kewangan"


Kerajaan Pulau Pinang perlu akur dengan keputusan yang dibuat Kedah untuk mengenakan caj terhadap bekalan air mentah yang disedut dari negeri ini.
 
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa berkata, Kedah layak mengenakan bayaran itu kerana ia bukan sebuah negeri yang kaya.
 
"Sekiranya Pulau Pinang diminta menyediakan bayaran kepada air yang dibekalkan, mereka perlu setuju kerana Kedah tidak boleh tebang hutan untuk mencari sumber kewangan.
 
"Begitu juga dengan sawah padi, mereka tidak boleh tukar kepada perkilangan sebab ia negeri yang strategik dengan pertanian," katanya.
 
Menurutnya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga harus bertanggungjawab untuk membantu Kedah dalam konteks itu dengan membayar setiap liter air mentah yang disedut dari negeri ini.
 
"Negeri yang mendapat faedah untuk membangunkan industri dengan menggunakan air dari Kedah seharusnya membalas dan menghargai sumber berkenaan.
 
"Ini bukan soal politik, ini satu komitmen yang perlu diberikan oleh Pulau Pinang kepada Kedah. Saya fikir, permintaan Kedah adalah wajar dan munasabah," katanya.
 
Sebelum ini, Lim Guan Eng membantah keputusan itu dengan mendakwa caj itu adalah tidak wajar dikenakan berikutan Perbadanan Bekalan Air Mentah Pulau Pinang (PBAPP) mengambil air mentah dari kawasan Sungai Muda yang terletak dalam kawasan Pulau Pinang.
 
Beliau berkata, cadangan Kerajaan Kedah untuk mengenakan caj itu adalah tidak munasabah dan seolah-olah meminta wang tanpa sebarang sebab.
 
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, membantah kerana air mentah Sungai Muda adalah sumber semula jadi dan bukan air yang dihasilkan secara projek seperti Skim Pertukaran Air Johor-Melaka.
 
Justeru itu, beliau menegaskan tidak mahu membayar caj berkenaan kerana tidak melibatkan sebarang kos terhadap Kerajaan Kedah.
 
Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, Pulau Pinang pernah menulis surat kepada Kedah untuk meminta dilepaskan air dari empangan di Kedah ke Sungai Muda untuk meningkatkan bekalan air yang semakin berkurangan disebabkan kemarau pada suatu ketika dulu.
 
Mukhriz berkata, surat itu adalah sebagai bukti pengakuan bahawa bekalan air itu sememangnya berpengkalan di Kedah.


Sinar.

KK : cinabeng nak dok kaut untung 'atas angin' lama dah... Sekarang sudah tiba masa kerajaan BN Kedah perlu tegas dalam sebarang rundingan dan juga keputusan
.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah