Thursday 27 June 2013

#PRK DUN KUALA BESUT tentukan hidup mati Barisan Nasional di Terangganu. #PRU13 #BLACK505


GAMBAR HIASAN

Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) berada dalam kedudukan tidak menentu kerana kegagalan untuk mengekalkan kerusi itu akan menyebabkan satu keputusan dan keadaan yang tergantung.
Sekiranya berlaku, DUN mungkin perlu dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang baru.
Pada pilihan raya umum ke-13, BN kembali merampas kuasa membentuk kerajaan negeri dengan 17 kerusi negeri, lebih dua kerusi berbanding 15 yang dimenangi Pakatan Rakyat.
Dengan kematian Dr A. Rahman Mokhtar, pilihan raya kecil perlu diadakan dan pertempuran untuk Kuala Besut akan menjadi pertandingan hidup atau mati untuk BN kerana PR sememangnya mahu merebut peluang untuk memerintah kerajaan.
Penganalisis politik Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, sekiranya keputusan pilihan raya tidak memihak kepada BN, Terengganu akan ditinggalkan dengan DUN yang tergantung, dengan gabungan pakatan pembangkang yang masing-masing mempunyai 16 kerusi negeri.
"Jika ini berlaku, Sultan boleh memberi peluang kepada BN yang merupakan pemerintah pada masa ini untuk membentuk kerajaan dengan mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri.
"Jika mereka gagal, Sultan akan memberi peluang yang sama kepada Pakatan. Tetapi jika kedua-duanya gagal, Dewan Undangan Negeri perlu dibubarkan dan pusingan pilihan raya yang baru perlu diadakan bagi negeri ini.
"Dalam erti kata lain, pilihan raya Kuala Besut adalah sangat penting kerana ia akan menentukan nasib Terengganu," katanya.
Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Dr Rahman maraih 8,809 undi manakala Napisah Ismail (PAS) mendapt 6,375 untuk memenangi majoriti 2,434.
Terdapat 144 undi rosak dengan kawasan pilihan raya itu mempunyai 17,713 pengundi.
Prof Dr Mohamed yang merupakan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) berkata kedudukan DUN yang tergantung akan mengakibatkan krisis kerana parti yang satu lagi boleh mendakwa mereka mempunyai mandat untuk mentadbir negeri.
Beliau berkata, apa yang pasti PR meletakkan satu perjuangan yang baik dan BN perlu bersedia dengan lebih baik untuk mempertahankan kerusi itu.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Terengganu Datuk Razif Abdul Rahman berkata BN akan melakukan semua yang terdaya untuk mengelakkan DUN digantung.
"Kuala Besut diketahui adalah kubu kuat Umno, tetapi kita tidak akan mengambil ini sebagai perkara yang mudah.
"Keadaan Dewan Undangan Negeri yang tergantung akan menjadi satu tragedi, oleh itu kita mesti melakukan semua yang kita boleh untuk memastikan kemenangan yang meyakinkan," katanya ketika dihubungi.
Razif berkata calon yang dipilih untuk pilihan raya kecil itu adalah yang sama berkaliber seperti Dr Rahman.

SUMBER

No comments:

Post a Comment