Rabu, 19 Jun 2013

Salah siapa ? Hasil Padi Gagal dituai





Peserta mini estet rugi besar


Peserta mini estet rugi besar


Seramai lapan daripada 16 peserta mini estet Kampung Iboi terpaksa menanggung rugi besar setelah tanaman padi mereka rosak.

Semua mereka mendakwa kerosakan padi itu disebabkan kelewatan mesin padi mengangkut padi yang sepatutnya diambil sejak sebulan lalu.

Padi yang rosak melibatkan kawasan seluas 1.12 hektar sehingga 4.4 hektar dan setiap petani terpaksa menanggung rugi RM4,000 sehingga hampir RM10,000 seorang.

Peserta, Razak Che Ahmad, 52, dari Kampung Iboi mendakwa, kelewatan mesin padi adalah punca utama berlakunya kerosakan padi ini.
Peserta mini estet rugi besar
Razak (kanan) bersama peserta lain menunjukkan hasil padi yang rosak.
“Kalau mesin ambil tepat pada masanya, semua ini tak akan berlaku. Sekarang, peserta terpaksa berputih mata. Kami penat usaha padi, tapi tak ada hasil. Memang kami kecewa,” katanya yang mengusahakan padi di tanah seluas 3.64 hektar itu.

Seorang lagi peserta, Abdul Wahab Samaah, 61, berkata, pihaknya berharap masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin untuk kebaikan semua pihak.

“Kami bukan nak buruk sesiapa, tapi nak beritahu perkara sebenar, dan petani mempunyai hak untuk menyuarakan kekecewaan kami,” katanya.

sinarharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah