Friday 21 June 2013

Tahniah !! ADUN Bayu ( Pak Lang Mi ) dilantik sebagai Timbalan Speaker Kedah #HanyaDiKedah


Tahniah.. Satu mandat dan pengiktirafan kepada YB Datuk Azmi Che Husain diatas perlantikan timbalan speaker DUN Kedah. Semoga tanggungjawab dan kepercayaan yang diamanahkan oleh oleh rakyat akan terus terbela.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, Datuk Azmi Che Husain akan dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Kedah bagi membantu Ketua Umno Bahagian Pendang, Datuk Md Rozai Safian yang akan dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri

Pemilihan kedua-dua tokoh tersebut merupakan satu gandingan mantap berdasarkan pengalaman yang mereka miliki semasa menjadi pembangkan pada sesi DUN yang lepas. Selain untuk memastikan perjalanan sidang DUN yang lancar mengikut peraturan dan undang-undang.

Mereka akan mengangkat sumpah ada 23 Jun ini, yang juga merupakan hari perasmian sidang Dun pertama selepas pilihan raya umum ke-13.

KK: Kebanggaan kita sebagai rakyat Baling... Semoga Allah terus memberkati usaha BN untuk membela rakyat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment