Saturday 8 June 2013

Terlepas Hukum gantung kerana perkataan "Maaf" @inspiraislami



Dalam satu kejadian di Iran, seorang lelaki telah didapati bersalah membunuh sorang anggota polis dan beliau kemudiannya dihukum gantung sampai mati, tetapi sewaktu hukuman gantung baru saja terlaksana atau sedang berjalan, saudara mara anggota polis itu telah mengampuni lelaki tersebut dan itu telah cukup untuk membatalkan hukuman gantung ini.


Memohon maaf dan memaafkan kesalahan orang sering kali dianggap sebagai mudah mengalah, tidak kuat pendirian dan dianggap terlalu lembut.

Pada dasarnya, tidak salah merendah diri untuk memohon maaf atas kesalahan dilakukan. Sikap mudah rasa bersalah walaupun terhadap perkara remeh dibenarkan bagi bertujuan membersihkan hati. 

Hakikatnya, tanpa sikap saling memaafkan, kehidupan manusia terus dibelenggu pelbagaimasalah kemasyarakatan. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah At-Taghabun, ayat 14)



No comments:

Post a Comment