Sunday 30 June 2013

Tindakan tepat @cmlimguaneng ajak PAS 'Boikot' #PRKBesut . #BLACK505

 
Macam tudujan dan fitnah 'busuk' terhadap SPR dan kerajaan. Menyatakan kerajaan 'menipu' dalam PRU tetapi mereka nak pula menganggkat sumpah sebagai Ahli parlimen dan DUN. Pelikan..

Sepatutnya, kalau semua SPR tidak betul pada PRU13.. Sekali lagi peluang terhidang untuk pembangkang merealisasikan 'tuduhan' mereka dengang memboikot atau tidak perlu bertanding pada PRK Dun Besut.

Buat apa ludah di langit tapi kena muka sendiri atau menjilat semula ludah di lantai. Apa macam, pembangkang ada berani ke boikot PRK DUN BESUT?

cayalah..

Guan Eng Cadang PAS Boikot PRK DUN Kuala Besut

DAP akan mencadangkan agar PAS memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sebagai tanda protes dakwaan wujudnya 'taktik kotor' yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
Kulaijaya.

Beliau berkata isu berkenaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang.

Menurutnya langkah memboikot pilihan raya kecil berkenaan adalah tanda protes ekoran kegagalan SPR 'memberi penjelasan berhubung taktik yang mencurigakan dalam penggunaan dakwat kekal pada PRU-13'.

"Bagaiamanapun, terpulang kepada PAS untuk memutuskan sama ada mereka mahu memboikot atau tidak kerana kerusi berkenaan milik mereka, kerana mereka mempunyai kata putus dalam isu ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat komuniti di Taman Indahpura di sini pada Ahad.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong ekoran kematian penyandangnya Dr A.Rahman Mohktar,55, Rabu lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Mstar.

KK : ada bran ker....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment