Sabtu, 6 Julai 2013

30 Juta Rakyat Mesir Turun Ke Jalan. Pelajar Malaysia Tidak Terlibat Akademik Dinasihatkan Pulang Bercuti. #Mesir #beritamalaysia


Pelajar Malaysia di Mesir yang telah selesai menghadapi musim peperiksaan dan tidak terlibat dengan program akademik seperti latihan praktikal atau 'summer course', dinasihat pulang bercuti memandangkan situasi politik negara itu yang kurang stabil.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata para pelajar juga tidak digalak ke luar wilayah untuk aktiviti melancong, sebaliknya dinasihat tinggal di premis kediaman masing-masing. "Para pelajar juga dinasihat sentiasa mengikuti hebahan media massa, Education Malaysia Egypt (EME) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dari masa ke masa," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Katanya memandangkan majoriti pelajar kini sedang bercuti panjang selama dua bulan sehingga September mereka dinasihat balik bercuti di Malaysia untuk menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.


Idris berkata langkah keselamatan telah diambil dengan membuka bilik gerakan KBMK, EME di Dewan Malaysia Abbasiah, Rumah MARA Iskandariah, dan rumah-rumah negeri yang beroperasi 24 jam untuk memantau dan menjaga pelajar, selain operasi pemantauan turut digerakkan di Terminal 1 dan Terminal 3 Lapangan Terbang Kaherah.

Ibu bapa dan pelajar boleh menghubungi bilik gerakan KBMK di talian +202-37610270/ +202-37610013/ +202-37610068 (sambungan 141 di luar waktu pejabat, sambungan 101 pada waktu pejabat) selain laman sosial Facebook educationmalaysiaegypt untuk mengikuti perkembangan semasa.

Situasi politik di Mesir tegang ekoran penggulingan Presiden Mohammed Morsi dan Ikhwanul Muslimin pada Selasa oleh pihak tentera negara itu.

Pertempuran antara penyokong presiden dengan tentera berlaku di beberapa bandar raya negara itu. Sementera itu keadaan.

Sumber : Bernama

KAIRO -- Hari Jumaat (6/7) selepas solat JumaAt, jutaan rakyat Mesir dari berbagai penjuru tumpah ruah turun ke jalan. BBC melaporkan jumlah rakyat Mesir yang mendukung Mursi mencapai 30 juta orang. Mereka mendukung kepemimpinan sah Presiden Mursi dan menolak tegas kudeta militer.

Badie juga tegas menyatakan rakyat takkan berdiam menghadapi makar sampai Mursi kembali ditetapkan sebagai presiden. "We will not leave the streets until president Morsi is reinstated." (Kami takkan meninggalkan jalanan sampai presiden Mursi kembali menjadi presiden yang sah).

Fahmi Huwaidi, penulis dan wartawan senior Mesir, di Aljazeera menyatakan, "Aksi demo 30 juta malam ini membuktikan bahwa rakyat Mesir menolak kudeta!"

@salimafillah:

(foto: jutaan rakyat pendukung Mursi di berbagai daerah di Mesir)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah