Selasa, 9 Julai 2013

AMARAN !! Stesen TV swasta amal rasuah, kroni. #SPRM #beritamalaysia



Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan rasuah dan kroni berhubung kelulusan projek drama di sebuah stesen televisyen (TV) swasta tempatan.

Presiden PTVM, Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya mendapat aduan terdapat staf sebuah stesen TV tersebut telah membuka syarikat produksi dan meluluskan drama terbitan syarikatnya untuk disiarkan di stesen berkenaan sehingga menjejaskan periuk nasi produser lain.

"Ada di kalangan pegawai urusan stesen TV swasta secara diam-diam membuka syarikat produksi dan 'memberikan' peluang-peluang penerbitan kepada syarikat produksi mereka sendiri. Dan saya difahamkan mereka semakin berkuasa mengamalkan sistem berat sebelah ini.

"PTVM juga menerima maklumat ada pegawai-pegawai yang terlibat dengan rasuah apabila akaun bank mereka menjadi perantaraan bagi menerima sejumlah wang dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Pihak kami akan siasatan termasuk mengumpulkan bukti untuk dibawa ke pihak berkuasa," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambah Jurey, bukti-bukti itu akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereka mengambil tindakan. Malah dia juga akan membawa saksi yang merupakan bekas pekerja stesen TV swasta tersebut.

Dalam pada itu, Jurey turut berasa pelik apabila pihak stesen TV berkenaan seolah-olah tidak menyedari masalah dalaman mereka.

"Walaupun banyak pengaduan telah mereka terima, namun belum ada sebarang tindakan oleh pihak atasan stesen TV itu malah ia semakin menjadi-jadi pula.

"Sebab itu kami mahu mengumpulkan bukti-bukti bagi memastikan masa depan penerbit-penerbit tempatan terjamin," ujarnya.

Sementara itu, PTVM juga bersedia untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkenaan pelanggaran akta yang berlaku di stesen TV swasta tersebut yang dianggap berat sebelah di dalam urusan penyediaan kontrak perjanjian penerbitan serta tidak melunaskan bayaran tepat pada waktunya.

Beliau juga meminta agar pihak persatuan itu juga meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) perlu membuat pemantauan dengan lebih serius terhadap perkembangan industri penyiaran dan bukan hanya menumpukan kepada industri perfileman sahaja.

mStar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah