Rabu, 10 Julai 2013

Askar Berusia 24 Tahun Ditemui Mati Bunuh Diri Di Kem Kementah. @HishammuddinH2O @Zahid_Hamidi @PDRMsia .


Seorang askar berusia 24 tahun ditemui mati bunuh diri di kem tentera di Jalan Padang Tembak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin WahDatuk Ku Chin Wah mengesahkan lelaki itu menggantung dirinya dan ditemui mati oleh polis selepas mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 7 pagi Rabu.

"Kami masih menyiasat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, di sini.

Sementara itu, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian itu.

Menurut kenyataan, askar itu ditemui mati di pada pukul 5.45 pagi di Kem Kementah, Jalan Padang Tembak di sini.

Kenyataan itu menambah bahawa Angkatan Tentera telah menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. M-Star


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah