Tuesday 2 July 2013

Gempa Bumi Magnitud 6.0 Di Sumatera, P.Pinang Rasai Gegaran. @BeritaMalaysia

Gegaran dirasai di beberapa bahagian Pulau Pinang tetapi Jabatan Meteorologi tidak dapat mengesahkan sumber itu setakat pukul 4 petang Selasa.
Warga Pulau Pinang menyuarakan kebimbangan mereka di laman web rangkaian sosial berikutan gegaran itu.
"Kami telah menerima laporan daripada orang ramai yang berkata, mereka merasakan gegaran dari bahagian barat pulau itu tetapi kita masih meneliti perkara itu," kata jurucakap jabatan berkenaan.
Berdasarkan laman web Pusat Seismologi Mediterranean-Eropah, gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter dikesan di bahagian utara Sumatera pada kira-kira pukul 3.37 petang (waktu tempatan).
Ia juga dinyatakan di laman web bahawa sumber parameter masih belum dikaji oleh pakar seismologi. 
mstar

No comments:

Post a Comment