Rabu, 3 Julai 2013

Juara Liga Super Malaysia MILIK #LionsXII pasukan dari Singapura ? #FAM @ASTROARENA

"LIGA KITA, WAJAH KITA"

Secara logiknya satu pasukan yang mewakili repuplik itu berjaya menjinakan 11 pasukan dari Malaysia . Seharusnya FAM serta pasukan yang bertanding memandang 'Serius' dengan apa yang berlaku ini. Sehinggakan pasukan dari luar bejaya menjuarai kejuaraan liga tempatan kita. FAM tak rasa pelik sangat ker.... Itu hanya luahan kekecewaan KK sahaja..

Lions XII muncul sebagai juara baharu Liga Super selepas menepati ramalan dengan mudah menjinakkan Felda United 4-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura, sebentar tadi.

Seperti yang dijangka, wakil Singapura itu tidak berdepan masalah untuk membuka jaringan menerusi gol sendiri pemain Felda, Azrul Ahmad pada minit ke-47.

Kapten Lions XII, Shahril Ishak meletakkan pasukannya keadaan lebih selesa apabila menggandakan kedudukan pada minit ke-58.

Skuad kendalian V. Sundramoorthy terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan Felda apabila Fazrul Nawaz meledak gol ketiga.

Shafiq Ghani memastikan kemenangan mutlak Lions XII dengan meledak gol keempat sekali gus menyaksikan trofi Liga Super yang sebelum ini menjadi milik Kelantan, berjaya merentasi Tambak Johor pada edisi tahun ini.

Nyatalah, pasukan boleh masih lagi kurang bermaya untuk bersaing dengan pasukan dari luar.

KK: tiada apa sangat yang nak dibanggakan.. Pulun Kedah Pulu....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah