Tuesday 16 July 2013

Kamera #AES Kumpul 600,000 saman setakat Jun #2013 . @PDRMsia

Sebanyak 673,339 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setakat 11 Jun lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah bayaran kompaun pula sebanyak RM20 juta sejak ia dikuatkuasakan September 2012.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him (DAP) yang diedarkan kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Hishammuddin berkata setakat ini sebanyak 14 kamera AES beroperasi di lokasi yang ditetapkan di seluruh negara kecuali di Melaka yang masih dalam proses mengenal pasti lokasi pemasangan yang sesuai.    

AES ialah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan, selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan, ia sebagai kaedah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. - Bernama

KK : Saman telah dijadikan satu bentuk hasil keuntungan syarikat swasta, pelik pelik pelik..."Hasil keuntungan syarikat saya adalah apabila ramai orang buat salah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment