Isnin, 8 Julai 2013

@Khairykj Hadapi Hari Yang Serba Mencabar Dalam Satu Hari




Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Khairy Jamaluddin terpaksa menghadapi hari yang mencabar apabila beliau perlu berdepan dengan kes atlet Sukma yang didakwa merogol, kes langgar lari dan kes membawa masuk minuman keras ke perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) - semuanya dalam masa satu hari.

Khairy, terpaksa berurusan dengan rentetan berita buruk pada Ahad, bermula dengan kes langgar lari ketika acara larian amal yang dianjurkan oleh NTV7 di Bandar Utama.

Tiga pelari wanita cedera apabila mereka telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika larian berlangsung yang mana Khairy sendiri yang melepaskan peserta.
Lim Lee Ling, 43, Lee Shiau Foon, 33, dan Lee Su San, 24, cedera apabila sebuah kereta Proton Iswara merah merempuh mereka selepas melakukan pusingan-U.

Khairy, melalui akaun Twitter beliau, menggesa pemandu untuk berhenti di balai polis berhampiran.

Pada kira-kira pukul 1.30 petang beliau mendedahkan nombor pendaftaran kereta terbabit dan menggesa pengikut-pengikutnya untuk berkongsi maklumat.

Selepas kejadian itu, Khairy terpaksa mengadakan sidang akhbar berikutan dakwaan rogol secara berkumpulan oleh pegawai tambahan pasukan bola baling Sukma.

Gadis 19 tahun itu mendakwa dia telah dirogol di perkampungan sukan di UPM pada 3 Julai lalu.

Tiga remaja lelaki telah ditahan oleh pihak polis.Pada sidang media yang sama, Khairy turut menyebut tentang insiden lain yang melibatkan atlet Sukma.

Beberapa pegawai-pegawai dan peserta yang mengambil bahagian telah ditangkap membawa masuk alkohol dan minum di gelanggang bola keranjang di UPM.

Akhirnya, kira-kira pukul 5.45 petang, Ahli Parlimen Rembau ini menerima beberapa berita baik.
Beliau menulis di dalam Twitter, "Pasukan kita memenangi Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia di Brunei menewaskan Sri Lanka dalam perlawanan akhir. Syabas!". sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah