Jumaat, 19 Julai 2013

#KUIN : Kolej Universiti Isaniah bakal DITUTUP ? @MukhrizMahathir #HanyaDikedah


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir enggan ulas desas desus mengenai penjualan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) yang kini tersebar di blog-blog ketika ini.

Sebaliknya Mukhriz berkata, Kerajaan Negeri Kedah akan terus mengutamakan kebajikan dan kepentingan pelajar di kolej tersebut.

"Kalau dilihat dari segi kewangan, pembinaan kampus induk itu sahaja menelan belanja sebanyak RM350 juta dan menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun.

"Perbelanjaan tersebut belum termasuk gaji pekerja dan sebagainya yang mencecah lebih RM50 juta setahun. Tanggungan kewangan itu memang tinggi.

"Bagaimanapun, kita telah berjaya membuatkan Insaniah sebagai satu badan berkanun," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, hari ini.

Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan berkata, Kerajaan Kedah sedang menilai semula kewajaran Insaniah Holdings Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya dalam usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah Kolej Insaniah.

Mukhriz berkata, menerusi penilaian semula itu kerajaan negeri antara lain mempertimbang langkah untuk memperkemaskan pengurusan anak syarikat berkenaan.
"Hasil siasatan awal yang dijalankan, kita dapati memang wujud kepincangan dalam pengurusan Insaniah dan bagi menyelesaikan masalah ini tindakan daripada kerajaan negeri diperlukan.

"Kita juga dapati terdapat beberapa entiti yang terpaksa menanggung kerugian dan terpaksa bergantung kepada sumber dana Insaniah yang disalurkan oleh kerajaan negeri dan suntikan bantuan ini telahpun mencecah jutaan ringgit yang seharusnya boleh digunakan untuk kegunaan rakyat," kata Mukhriz.

Sementara itu, ketika mengulas perkara sama, Mukhriz menambah, sekiranya kerajaan negeri terpaksa memilih opsyen itu, kakitangan dan pengurusan Insaniah secara menyeluruh tetap diberi perhatian.

Katanya lagi, penukaran status Insaniah itu juga memudahkan kerajaan negeri membela nasib setiap warga Insaniah. Klik untuk menonton berita http://www.youtube.com/watch?v=2Jtx8cJuji0&feature=youtu.be

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, kerajaan negeri akan membuat penambahbaikan terhadap Kulim Teknologi Park Corporation supaya usaha menarik pelabur berjalan lancar.

"Dalam masa sama, kita perlu memberi respon lebih pantas kepada pelabur. Juga boleh fikirkan mengenai cara terbaik untuk memenuhi piawaian yang kita berikan kepada pelabur.

"Hal ini termasuk mempercepatkan kelulusan permohonan semua aktiviti yang diberikan kepada mereka (pelabur)," katanya.
Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah