Wednesday 10 July 2013

Mengapa @MukhrizMahathir buat 'kacau' #KUIN #HanyaDiKedah


Ketika berlangsungnya Majlis Istiqbal Ramadhan dan perjumpaan bulanan Pemangku Rektor dengan semua kakitangan KUIN bertujuan untuk menjelaskan isu dan keadaan sebenar KUIN terkini.

Walaupun pada peringkat awal ada kakitangan yang mengatakan program dah lewat nak balik ambil anak, namun segalanya bertukar menjadi 'kejutan' apabila tiba-tiba pengerusi mengumumkan ketibaan YAB Dato Menteri Besar Kedah masuk dewan.

Dato Mukhriz hadir sebenarnya adalah untuk mengumumkan keputusan Kerajaan dan Lembaga Pengarah KUIN yang bersetuju untuk mengembalikan semula  hak dan kebajikan kakitangan KUIN yang telah diabaikan sebelum ini. Antara khabar gembira ialah Kerajaan bersetuju mengguna kembali :

1. Pekeliling kenaikan gaji 13 %
2. Pekeliling kenaikan elaun COLA
3. Pekeliling kenaikan satu tangga gaji
4. Pekeliling pemberian bonus
5. Mengguna pakai semua pekeliling yang diumumkan Kerajaan.
6. Menjadikan KUIN sebagai badan Berkanun Negeri seperti sedia kala selepas Azizan menswastakan kakitangan KUIN.

Sumber : beritakuin.blogspot.com

Jika sebelum PRU13 KUIN mengalami pelbagai 'kesulitan' yang mengakibatkan pelajar dan juga kakitangan mengalami 'musibah' akibat ketidaktelusan pihak tertentu yang merosakan 'nilai' Istitusi Pendidikan Mulia di Kedah itu.

KK: Tahniah MB Baru Kedah...yang sentiasa prihatian kepada rakyat kedah. Itu janji ditepati kerajaan BN kedah yang memuliakan Istitusi pendidikan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment