Sunday 7 July 2013

@nazri_aziz perlukan sekolah 'pemulihan' untuk lebih bijak sebijak @Zahid_Hamidi .

Jadikan pemansuhan ISA satu iktibar buat kita. Dengan memansuhkan akta itu kini 'musuh' kita lebih bebas begerak mengatur dan menyusun langkah untuk menhancurkan kedaulatan negara. Walaupun akta tersebut digantikan tetapi kebersanan agak terhad.

Satu lagi akta bakal di mansuhkan, tetapi pelbagai pandangan dan pendapat yang berbeza dikeluarkan. Kenapa akta Hasutan perlu dimansuhkan ? Sedangkan sekarang ini pelbagai ancaman datang dari pelabagai sudut termasukalan ceramah yang dianjurkan oleh pihak yang ingin melihat Negara kucar kacir. Kalau ada 'pak menteri' yang 'dolllll' dan menyokong akta hasutan dimasuhkan... umpama 'mencurah minyak kedalam api yang marak'

Mansuh Akta Hasutan: Nazri Dan Ahmad Zahid Punya Pendirian Berbeza.

Dua menteri mengambil pendirian yang berbeza terhadap Akta Hasutan 1948 dengan seorang mahu memansuhkannya dan seorang lagi mahu ia dikekalkan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan komited untuk memansuhkan Akta itu manakala Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya bahawa Akta tersebut perlu kekal kerana pemansuhannya mungkin membawa kepada pertikaian terhadap aspek-aspek teras tertentu dalam Persekutuan Perlembagaan.

Nazri yang merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa Peguam Negara sedang melihat untuk pemansuhan Akta berkenaan.

"Kami komited untuk meneliti pemansuhan itu.

"Bagaimanapun, ia adalah penting bahawa apabila kita memansuhkannya, kita masih memerlukan satu Akta yang boleh menjaga keharmonian dan perpaduan di antara rakyat Malaysia daripada kumpulan etnik yang berbeza," katanya kepada pemberita selepas melawat Kellie's Castle di Batu Gajah ketika melancarkan projek menaik taraf pelancongan di sini Ahad.

Zahid, yang merupakan Naib Presiden Umno, memberitahu pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Anti Dadah Antarabangsa di Putrajaya berkata, pemansuhan Akta ini boleh membawa kepada pertikaian mengenai empat aspek dalam Perlembagaan.

Menurut Zahid, aspek empat teras itu adalah hak istimewa orang Melayu, status Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menteri Dalam Negeri berkata, beliau mahu Akta tersebut dikekalkan supaya ianya tidak akan dipersoalkan.

"Kabinet tidak boleh membuat keputusan untuk memansuhkan (Akta), tetapi (ia boleh mencadangkan) untuk meminda.

"Jika Akta Hasutan dihapuskan sepenuhnya, (mana-mana pihak) akan mempunyai hak untuk menyentuh empat perkara ini walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan.

"Saya tidak akan bertolak ansur jika ada pihak yang mahu menyentuh mana-mana empat aspek utama Perlembagaan.

"Mereka yang berbuat demikian, mesti didakwa di bawah Akta Hasutan 1964 yang sedia ada," kata Ahmad Zahid.

Pada Julai 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji bahawa kerajaan akan memansuhkan Akta itu dengan menggubal Akta Keharmonian Nasional yang baru.

Mstar.

KK : Akta hasutan perlu dikekalkan demi menjaga keamanan dan keharmonian Negara. Jangan kita tersilap langkah, kesilapan kita memansuhkan ISA memberikan lebih banyak ruang dan peluang kepada musuh dalam negara mahun luar untuk merasokan dan menyerang negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment