Monday 22 July 2013

Panas !! 1 Juta rakyat Malaysia pengikut Syiah. #fb #PRKKualaBesut #TolakPR #demirakyat


Cara penampilan serta Pakaian yang mereka tampikan sememangnya penganut fahaman syiah. Serban hitam, mata bercelak, jubah hitam. Cara mereka bersembahyang pun macam lain sikit.


Syiah wujud akibat perasaan kecewa. Pengasas Syiah iaitu seorang Yahudi dari Yaman bernama Abdullah Saba kecewa kerana tidak diberikan jawatan selepas memintanya daripada Khalifah Uthman Affan lalu bertindak menentang khalifah itu. Syiah melakukan pelbagai perkara bertentangan dengan ajaran Islam hingga sanggup menghina Nabi Muhammad SAW apabila menganggap malaikat Jibril tersilap menghantar wahyu kepada Baginda dan sepatutnya wahyu itu adalah untuk Saidina Ali.

Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.

“Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.

“Ada laporan mengatakan 300,000 orang. Paling ramai pernah dilaporkan mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia ialah sejuta orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran Syiah di Malaysia.
Diminta mengulas mengenai cadangan mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamilzuhairi berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan.

“Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.

“Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Media baru-baru ini melaporkan Kerajaan Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, fatwa anti-Syiah yang bakal digazetkan di Kedah akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman tersebut di negeri itu.

Cadangan tersebut turut disambut baik beberapa mufti yang menyifatkan fatwa anti-Syiah perlu diwartakan segera.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, ini berikutan ajaran itu didapati sudah mula merebak dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata, Selangor sudah lama mewartakan fatwa anti-Syiah dan berharap dapat dilaksanakan di negeri lain.

Anggota kumpulan Syiah ini pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Disember 2011 kerana didakwa menyebarkan ajaran Syiah.


Dalam serbuan tersebut, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Manakala pada 26 Ogos 2011, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merampas kira-kira 200 naskhah buku yang mengandungi dua tajuk berlainan berkaitan fahaman Syiah dan mengenai pengaruh ajaran itu, dalam satu serbuan di Masjid Paya Redan, Melaka._SUMBER

Mat Sabu TEWAS di Pendang, Kedah. Akan tetapi jangan kita pula lalai dan Alpa terhadap Gerakan menghidupkan Syiah di Negeri Kedah ini.



Jika korang membenci SYIAH/IRAN, sebarkan kejahatan-kejahatan mereka dan tunjukkan kepada DUNIA. Jihad kecil yang mampu kita lakukan adalah menyebarkan kebenaran yang sedang berlaku disana. 

No comments:

Post a Comment