Wednesday 10 July 2013

Premis Arak di Kelantan. Toke cina keras kepala.


Premis diserbu tiga diserbu.

Degil! Walaupun sudah diserbu sebanyak tiga kali, namun empat premis yang didiami oleh keluarga berbangsa Cina, di Kampung Cina, Jalan Pantai Cahaya Sri Bulan (PCB) di sini masih menjual minuman keras dan tuak masam kepada pelanggan Melayu bagi meraih keuntungan.

Malah ketika anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) melakukan serbuan di premis berkenaan petang kelmarin, mereka masih dengan sikap kepala batu dan tidak membuka pintu malah mendiamkan diri di dalam premis berkenaan sehingga pihak terbabit menggunakan pemotong khas (cutter) untuk memotong pintu pagar, barulah salah seorang dari penjual di premis berkenaan terpaksa membuka pintu.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa, Ramly Che Hussien, dalam operasi bersapadu yang dilakukan kelmarin disertai seramai 18 penguat kuasa MPKB-BRI bersama penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Kelantan (JAHEIK), Polis dan Kastam.

"Operasi dilakukan atas aduan orang awam yang sentiasa melihat penjualan yang dilakukan secara berleluasa kepada golongan Melayu.

"Kita ambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Establishment Makanan 1987 dan boleh dikompaun dari RM500 hingga RM700 dan barang yang dirampas diserahkan kepada kastam," katanya kepada media semalam.

Beliau berkata, bekalan arak mudah didapati dari sempadan Thailand manakala tuak masam mudah didapati dari pembekal Melayu.

"Setakat ini kita masih tidak berjaya mengesan pembekal ini, namun giat menjalankan operasi untuk membanteras kegiatan terbabit daripada terus berleluasa.

"Ini juga bagi menyelamatkan umat Islam dari terus terjebak dalam gejala tidak sihat dan melakukan perkara yang boleh merosakkan akidah mereka," katanya.

Sinar 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment