Ahad, 14 Julai 2013

Ramadhan Kesucianya Di Nodai : Gereja Katolik menggunakan kalimah “Allah”- DUTA VATICAN CITY. #demirakyat #kalimahAllah #BLACK505 @inspirasiislami #PRKKualaBesut


Kita sudah lihat kesan dan akibatnya semasa paska PRU13 dimana akibat takut kehilangan sokongan politik bukan Islam ada pemimpin Islam sanggup mengadaikan akidah yg penting. Jangan hairanlah jika pihak Vatican boleh memihak dgn puak DAP didalam hal ini. Bukan kah Lim guan Eng sendiri berazam utk mengkeristiankan bangsa Cina dari ugama Buddhist mereka? 


Baru beberapa hari umat Islam di negara ini melaksanakan ibadah puasa yang merupakan rukun Islam yang ke-4, kita dikejutkan dengan kenyataan wakil kedutaan Vatican di Malaysia yang menyokong penuh langkah Gereja Katolik menggunakan kalimah “Allah”.

Uskup Agung Joseph Marino dalam kenyataannya itu berkata, pihaknya bersetuju dan menyokong penggunaan kalimah “Allah” di dalam kitab Bible di Semenanjung Malaysia sebagaimana yang diperjuangkan oleh golongan Katolik dan Pakatan Haram sebelum ini.

Wah! Wakil Vatican sudah bersuara di bumi Malaysia? Lagaknya bagaikan “Mursyidul Am” Pakatan Haram yang sebelum ini begitu konsisten menyokong penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible? Tidak cukupkah perkara itu dibenarkan di Sabah dan Sarawak? Kini di Semenanjung pula?

jm

Sebagaimana yang kita tahu, isu penggunaan kalimah “Allah” itu cukup sensitif dan sangat mengguris hati seluruh umat Islam di negara ini.

PAS yang pada mulanya menyokong penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible sebelum ini pun terpaksa membuat “U-turn” di saat-saat akhir di ambang PRU ke-13 akibat takut kehilangan undi umat Islam yang marah terhadap tuntutan yang dipelopori DAP dan Kristian itu.

Tidakkah Marino tahu tentang perlembagaan Malaysia sebelum bersuara? 

Apa haknya untuk bersuara dan mencabar perlembagaan negara kita? 

Dia fikir Malaysia ini sebahagian dari Vatican City, kah?

Saya tidak faham sama ada ada mana-mana pihak yang sengaja “menjolok sarang tebuan” di sini. Siapa yang gatal mulut untuk meminta Uskup dari Vatican itu untuk bersuara?

Pada saya, jika Marino mahu bersuara sekalipun bagi pihak Kristian, dia patut bersikap adil dan sedar diri. Dia tidak wajar untuk mencampuri urusan hal ehwal agama Islam dan perlembagaan negara ini, khususnya tentang hal keistimewaan Islam di Malaysia.

Isu ini sangat sensitif. Khabarnya sebuah gereja pernah dibakar akibat isu yang diperjuang oleh Ambiga, Majlis Peguam dan beberapa pemimpin politik tertinggi DAP ini. Dan kini Marino mahu menjadi sebahagian dari mereka?

Sedarkah Marino di mana dia sedang bertapak sekarang? 

Tahukah dia bahawa Malaysia ini majoriti penduduknya beragama Islam, khususnya di Semenanjung Malaysia?

Tahukah Marino bahawa umat Islam di negara ini sudah bertolak ansur berkenaan isu ini di Sabah dan Sarawak? 

Suku dari rakyat Sabah dan separuh dari masyarakat Sarawak beragama Kristian, tapi umat Islam mampu bertoleransi di sana demi menjaga keharmonian beragama di negeri-negeri itu.

Kini Marino mahu ia dilaksanakan di Malaysia pula? 

Sudah diberi betis, Marino mahu paha? 

Apa Marino fikir Kristian itu agama rasmi di negara ini?

Pada hemat saya, Marino tahu tentang sensitiviti mengenai isu ini. Sudah tentu dia diberitahu mengenainya. 

Namun mengapa dia masih lagi mahu mencabar perasaan umat Islam dan keistimewaan Islam di Malaysia? 

Dia mahu bermain dengan “api”, kah?

Saya ingin mengingatkan Marino bahawa dia bebas untuk mengamalkan Kristian di Malaysia. Itu haknya sebagai penganut Kristian. Tiada halangan untuk itu. Tapi jangan sesekali mencabar keistimewaan Islam dan mencetus api kemarahan umat Islam. Buruk padahnya nanti.

Saya mahukan penjelasan dari kedutaan Vatican itu bagi kenyataannya yang biadap itu. Jelaskan dan minta maaf segera. Jika gagal, tak kiralah dia Uskup atau Pope sekalipun, dia wajar dihalau pulang ke Vatican serta merta sebelum umat Islam di Malaysia “naik angin”.

“Lakum dinukum waliyadin”. Kristian boleh diamalkan di Malaysia, tapi jangan sesekali usik Islam dan keistimewaannya di bumi Tanah Melayu ini. Noktah!



 
KK : Inilah akibatnya bila parti politik PAS bersama DAPigs dan PKR yang terang-terang menyokong , malah pemimpin PAS sendiri yang menyokong orang kafir menggunakan kalimah Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah