Wednesday 24 July 2013

'Sara Amelia Bernard" Miss World Malaysia 2013.' cari nahas ! @inspirasiislami #rakyatnews



Peserta beragama Islam yang tetap berkeras bertanding merebut gelaran 'Miss World Malaysia 2013.'Sara Amelia Bernard salah seorang peserta, mempersoalkan satu fatwa yang menyebabkan penganjur menggugurkan beliau daripada menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013.

Beliau mendakwa fatwa yang diwartakan pada 1996 itu “lapuk” dan tidak lagi sesuai digunakan pada masa sekarang.


 Just as news that four Muslim girls were participants had made headlines, however, it was published that a 'fatwa' existed banning Muslim women in Malaysia from participating in beauty pageants. Wawa, Miera, Kathrina and I were disqualified!
 Today I am saddened, disappointed and outraged that in 2013 the country's largest ethnic race cannot participate in Miss Malaysia.
 The reason why the 'fatwa' was created in 1996 no longer exists. Competition rules allow Muslim girls to dress modestly. Even if not, shouldn't religion be a personal choice? The first Muslim girl won Miss World USA in 2010, and in UK similarly many years ago.
 Miss World pageant isn't about parading women to entice lust in men but to show the elegance and inner beauty of a woman since the organisations aim to help others through charities.

 Why prevent us from making the country proud? If wearing tight attire is such a sin, why not ban swimming and gymnastics too?
 Wanita Islam Berkeras Sertai Ratu Cantik, Jawi Buka Kertas Siasatan

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuka kertas siasatan berhubung peserta beragama Islam yang tetap berkeras bertanding merebut gelaran 'Miss World Malaysia 2013.'

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, kerana menghina agama Islam.

Di bawah Seksyen 7, akta berkenaan, sesiapa yang didapati melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. "Sebagai agensi penguat kuasa agama, pihak Jawi akan menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti serta keterangan yang mencukupi.

"Pendakwaan akan dibuat terhadap mereka yang terlibat di Mahkamah Syariah," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik diwartakan pada 8 Februari 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.

Berdasarkan laporan akhbar pada Selasa, peserta-peserta terbabit menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik. "Oleh itu, kenyataan tersebut (kecewa dengan fatwa) dianggap telah menghina Islam," katanya.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan pihak Sister In Islam (SIS) agar menghentikan provokasi dan spekulasi terhadap isu fatwa pengharaman ratu cantik.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata umat Islam juga dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan seumpama itu kerana kenyataan atau alasan yang dikeluarkan adalah tidak berasas mengikut pandangan syarak dan tidak merujuk kepada undang-undang yang termaktub di dalam Perlembagaan.

"Tidak timbul isu diskriminasi berasaskan gender, pilih bulu atau sebagainya jika kita benar-benar memahami nas-nas syarak mengenai hukum tersebut.

"Dalam membicarakan persoalan hukum hakam Islam, semua pihak khususnya SIS perlu ingat bahawa ia tidak boleh dibahaskan sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak berkelayakan dalam bidang agama kerana kenyataan yang dikeluarkan golongan tidak berkelayakan inilah telah menimbulkan pelbagai kacau bilau dan salah faham terhadap ajaran Islam sehingga mencalarkan maruah agama dan umat Islam seluruhnya," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment