Wednesday 31 July 2013

Tahniah !! Cadangan Perkenal Semula #ISA Perlu Pandangan Semua Pihak - Shafie. @Zahid_Hamidi @PDRMsia #rakyatnews


Kini semakin ramai berani mencabar kewibawaan kedaulatan serta keharmonian perpaduan kaum di negara setelah Akta Darurat dan ISA dimansuhkan.

Menurut Sumber bernama, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tetapi ia perlukan kajian mendalam dan pandangan semua pihak.

Beliau berkata kadar jenayah yang semakin meningkat sekarang memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA dan kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah terbaik bagi menanganinya.

Katanya, cadangan untuk memperkenalkan ISA harus dikaji dan dibincangkan semua pihak berkaitan kerana sekiranya keselamatan negara terjejas ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan juga sektor pelancongan.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara kementerian dengan Syamille Agro Farm Sdn Bhd bagi projek ternakan lebah kelulut di Putrajaya, Rabu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan. Lapor benama.

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berikutan terdapat segelintir generasi muda semakin berani mencabar undang-undang kerajaan. Cadangan untuk men'wujud'kan ISA amatlah diharapkan.

KK : Terbaiklah... Jika ISA di wujudkan semula.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment