Wednesday 24 July 2013

TERKINI !! Dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiada Insiden yang tidak diingini. #PRKKualaBesut #TolakPR #demirakyat

Seramai 16,534 pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mula menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat baru bermula pukul 8 pagi Rabu.
Sebanyak lapan pusat mengundi disediakan di DUN Kuala Besut.
Ini merupakan pilihan raya kecil pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu.
PRK kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN seorang jurutera awam, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman manakala Pas meletakkan seorang kontraktor, Endot @ Azlan Yusof sebagai calon.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kira-kira 75 peratus pengundi akan keluar mengundi pada pilihan raya kali ini.
Keputusan pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan dapat diketahui kira-kira pukul 10 malam ini.
Sumber dari portal : mStar Online
BERIKUT adalah perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil Kuala Besut pada Rabu:
Penyokong kedua-dua parti hadir memberikan sokongan.
9:00 pagi: Sehingga pukul 9 pagi, jumlah keluar mengundi ialah seramai 2,406 atau 15 peratus.
8:50 pagi: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu.
Tengku Zaihan menunjukkan jarinya selepas selesai mengundi.
Kehadirannya di sambut laungan takbir oleh penyokong PAS.
8:20 pagi: Tengku Zaihan dilihat keluar daripada pusat mengundi selepas menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi.
8:05 pagi: Che Long menjadi pengundi kedua di saluran dua pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu.
Che Long menunjukkan jarinya yang dicelup dengan dakwat kekal selepas selesai mengundi.
8:00 pagi: Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman tiba di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut ditemani isteri.
8:00 pagi: Semua lapan pusat mengundi di DUN Kuala Besut dibuka.
Polis mula kelihatan di pusat mengundi.
7.30 pagi: Penyokong calon PAS, Endut @ Azlan Yusof mula hadir di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu.
6:30 pagi: Anggota keselamatan mula mengawasi kawasan pusat mengundi.

No comments:

Post a Comment