Monday 1 July 2013

Terkini !! Keadaan Bekas MB Kedah Azizan Razak. #HanyaDikedah

Permaisuri Agong lawat Azizan di HPP
"Keadaannya semakin pulih walaupun tidak boleh bercakap berikutan tiub di lehernya, beliau memberikan respons dan kita faham apa yang beliau ingin cakap berdasarkan pergerakan bibirnya," katanya kepada pemberita selepas  lawatan Tuanku Hajah Haminah, di sini hari ini.

Permaisuri Agong lawat Azizan di HPP

GEORGETOWN - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini menziarahi bekas menteri besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak yang masih dirawat di Unit Rawatan rapi
(ICU) Hospital Pulau Pinang  (HPP) di sini.

Gambar : - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah diiringi oleh isteri bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah (kanan) semasa baginda berkenan melawat Tan Sri Azizan Abdul Razak di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang di Georgetown hari ini.

Baginda yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Farizan Darus tiba di HPP pada 11.15 pagi dan meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Azizan dalam wad ICU itu.

Ketibaan Tuanku Hajah Haminah disambut isteri Azizan, Puan Sri Faekah  Sheikh Hamzah dan anak-anaknya.

Sementara itu, anak Azizan, Rahmah, 33, berkata bapanya memberi respons dan sentiasa senyum selepas Tuanku Hajah Haminah bertanya khabar beliau.

"Keadaannya semakin pulih walaupun tidak boleh bercakap berikutan tiub di lehernya, beliau memberikan respons dan kita faham apa yang beliau ingin cakap berdasarkan pergerakan bibirnya," katanya kepada pemberita selepas  lawatan Tuanku Hajah Haminah, di sini hari ini.

Rahmah berkata mereka sekeluarga tidak bercadang memindahkan bapanya ke hospital lain kerana pasukan perubatan HPP menasihatkan supaya beliau dirawat di situ sehingga sembuh sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

"Dari segi perkembangan kesihatannya, ia bertambah baik namun masih  dipantau rapi doktor di sini. Ingatan ayah juga masih kuat dan kenal sesiapa yang melawatnya," katanya.

Azizan, 73, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Limau,  menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis pada awal Mei lepas.

Beliau dipindahkan ke HPP pada 8 Mei dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya dua hari sebelum itu.

Azizan yang juga, bekas Pesuruhjaya PAS Kedah melepaskan jawatan  Menteri Besar Kedah berikutan kekalahan pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu.

Antara pemimpin yang telah melawat Azizan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,  Menteri Besar Kedah yang baharu Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Perak Datuk  Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - Bernama

No comments:

Post a Comment