Wednesday 17 July 2013

Tudia !! Pengerusi Tabung Haji Malaysia Buat Hal di KLIA. @azeezputera @NajibRazak @im4uMsia


"Beliau berkata wanita malang itu berjaya dikesan minggu lalu, disembunyikan di sebuah rumah di kawasan pedalaman Rambipuji di daerah Jember, kira-kira enam jam perjalanan dari Surabaya"

Ibu tiga anak, Nur Idayu Aziz, 34, yang dipercayai dilarikan sekumpulan warga Indonesia ke Jawa Timur hampir sebulan lalu, berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang menyambut ketibaan wanita itu bersama suaminya Mohd Riduan Abdul Razak, 34, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan misi diketuai Setiausaha Agung KP1M Abdul Khalid Chairul seminggu lalu.

[Gambar] Nuridayu Aziz, 34, diiringi suaminya Mohd Riduan Abdul Razak sejurus tiba di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dilaporkan dilarikan seorang lelaki warga Indonesia di rumahnya di Felda Bukit Sagu 2, Kuantan ke Surabaya pada 22 Jun lalu di Sepang, Rabu. Turut mengiringi ialah Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Abdul Rahim (kanan) dan Ahli Parlimen Paya Besar, Pahang, Datuk Abdul Manan Ismail (kiri).

Beliau berkata wanita malang itu berjaya dikesan minggu lalu, disembunyikan di sebuah rumah di kawasan pedalaman Rambipuji di daerah Jember, kira-kira enam jam perjalanan dari Surabaya.

"Ketika kami jumpa dia, keadaannya seperti tidak sedarkan diri malah langsung tidak mengenali suaminya dan kita mengambil masa tiga hari untuk mengubati dia dengan menggunakan kaedah rawatan Islam.

"Sekarang keadaannya bertambah baik, biarpun tidak pulih sepenuhnya, kita dimaklumkan dia didakwa terkena ilmu hitam yang dilakukan oleh penculiknya," katanya.
Menurutnya, misi menyelamat itu merupakan inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Nur Idayu dibawa pulang dengan selamat ke pangkuan keluarganya.

"Saya juga mohon pihak polis supaya menyiasat kes ini sebaik Nur Idayu sembuh supaya dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa tidak boleh larikan isteri orang dan ini tidak baik untuk institusi keluarga," katanya.

Nur Idayu dipercayai dilarikan oleh empat warga Indonesia, termasuk seorang wanita pada 22 Jun lalu yang sebelum itu diupah membuat pengubahsuaian rumah mentuanya di Felda Bukit Sagu 2, Kuantan Pahang.

Sementara itu, Mohd Riduan berkata beliau telah berhenti kerja sebagai juruteknik syarikat carigali di Qatar untuk menjaga isteri dan anaknya.

"Saya hanya mahu pulang dan berjumpa dengan anak-anak di kampung dan mencari kerja di Malaysia selepas terpaksa berhenti kerja di Qatar baru-baru ini," katanya.

Nur Idayu pula hanya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantunya.

- BERNAMA


KK : Nak harap Mat Sabu kaki maksiat pegi.. 'Tobat lahung' tak brani deh, yang dia tuh.. Dok menyalak !! Jer...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment