Selasa, 16 Julai 2013

Video Panas !! Pemimpin #DAP gelabah Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee dikaitkan #PR. #rakyatnews


Jika melihat gambar tersebut memang memberikan kita seribu teka-teki dan pesoalan mengapa gambar pemimpin pembangkang bersama dengan pasangan pencetus kontervesi. Pelakon 'video porno' yang penghina umat Islam hari ini.

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokthar Radin mendakwa pasangan blogger kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee adalah tajaan DAP.

Tindakan Bung Mokthar itu membangkitkan kemarahan wakil-wakil rakyat DAP sehingga mencetuskan kekecohan.

Bung Mokthar dalam ucapan perbahasannya meminta kerajaan menahan dan menghukum pasangan terbabit kerana menyentuh sensitiviti agama di negara ini.
"Mereka perlu didakwa dan ditangkap serta merta, jangan dibebaskan, penjarakan.


"Saya rasa gejala ini berlaku selepas PRU13, mungkin ini semua tajaan DAP," katanya.


Kenyataannya itu mengundang kemarahan wakil rakyat DAP yang bangun dan membantah dakwaan tersebut, antaranya V Sivakumar (DAP-Batu Gajah), Anthony Loke (DAP-Seremban), Nga Kor Ming (DAP-Taiping).
"Ini fitnah. Tarik balik. Tarik balik kenyataan," tegas Nga.
Namun, Ahli Parlimen Kinabatangan ini menjelaskan bahawa kenyataan itu hanya sekadar kemungkinan.

"Bukan saya tuduh seseorang sahaja, saya sebut secara menyeluruh. "Saya kata mungkin. Bukan tuduhan," katanya sambil ketawa besar.

Gelagatnya mengundang kemarahan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang bangkit membacakan peraturan mesyuarat berbunyi seseorang ahli tidak boleh membuat sangkaan buruk ke atas ahli lain."Apa yang dikatakan itu memang sangkaan jahat," katanya.

Bung Mokhtar bagaimanapun hanya ketawa apabila melihat respon wakil rakyat pembangkang itu dan keadaan kembali menjadi kecoh.

Timbalan speaker Datuk Ismail Mohamed kemudian campur tangan dan menasihatkan ahli parlimen supaya menggunakan bahasa yang sopan. sumber

Klik disini untuk tonton video panas !! Tersebut :

KK : Jika dilihat, seringkali berlaku suatu isu yang membabitkan reputasi DAP, contohnya isu 'kalimah Allah' pastinya, belum reda isu tersebut pasti akan timbul isu lain, demi mengalih pandangan orang ramai. Untuk menyelamatkan 'reputasi' politik mereka.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah