Isnin, 19 Ogos 2013

Adi Putra, Datuk Yusof Haslam rebah dikerjarkan ke hospital #MeleTOP #rakyatnews#selebriti @SyamsulYusof84

Pelakon popular, Adi Putra yang dikejarkan ke sebuah hospital kerana mengalami masalah kesihatan.

Menurut isterinya, Aida, 38, Adi Putra difahamkan masih didalam wad kecemasan disebuah hospital yang tidak didedahkan namanya. Berita ini mula dikongsi oleh Aida menerusi laman Instagram-nya ketika Adi Putra dibawa oleh sebuah ambulans.

Sementara itu, Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, 59, bakal menjalani pembedahan membuang batu karang di Hospital Pakar KPJ Tawakkal di sini selepas dimasukkan ke hospital itu pagi Isnin.

Isterinya Datin Patimah Ismail berkata, Yusof dikejarkan ke hospital itu kira-kira pukul 9 pagi Isnin selepas mengadu sakit pada bahagian perut ketika bangun pagi untuk solat Subuh selain mengalami kencing berdarah.

"Saya mula risau apabila dia hampir pengsan kerana menahan sakit selain wajahnya menjadi pucat. Saya tidak mengetahui punca sebenar kesakitan yang dialaminya dan terus membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Patimah memberitahu doktor mengesahkan suaminya mengalami penyakit batu karang dan perlu menjalani pembedahan segera bagi mengelak keadaannya bertambah teruk.

Katanya, Yusof akan menjalani pembedahan secara laser pada bahagian kanan perutnya pada petang Isnin.

"Keadaan suami sekarang stabil selepas doktor memberikan ubat tahan sakit sebelum menjalani pembedahan yang dijadualkan pada petang ini.

"Doakan supaya dia selamat menjalani pembedahan itu dan kembali sihat," katanya.

Dalam perkembangan sama, Patimah berkata, sebelum ini Yusof tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit batu karang dan hanya mengetahui perkara itu apabila dirujuk ke hospital pada pagi Isnin.

Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah