Isnin, 12 Ogos 2013

APA KEJADAHnya !! tidak menjadi kesalahanPenganut Buddha melakukan upacara keagamaan di sebuah surau-Pengurusan hotel. #HinaIslam #fb . #rakyatnews #1Malaysia


Pihak pengurusan sebuah resort di Kota Tinggi yang didakwa membenarkan penganut Buddha melakukan upacara keagamaan di sebuah surau di premis terbabit mempertahankan tindakan tersebut dengan alasan ia bukan satu kesalahan.

Laporan Berita Harian memetik kenyataan seorang kakitangan pengurusan resort dekat Sedili Besar itu, yang berkata ia tidak menjadi kesalahan kerana hanya ingin menggunakan ruang terbabit untuk bermeditasi.

"Saya tidak fikir tindakan memberi kebenaran kepada penganut agama lain menggunakan surau adalah salah. Ini kerana mereka hanya mahu menggunakan surau untuk bermeditasi.

"Saya tidak berniat menyakiti hati mana-mana pihak. Niat saya adalah untuk menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi," kata individu tersebut, yang tidak dinamakan dalam laporan Berita Harian.

Beliau bagaimanapun berkata tidak mengetahui mengenai tindakan penganut terbabit yang membawa peralatan keagamaan ketika upacara kontroversi itu.

"Kumpulan itu menyatakan mahu mengguna dewan bagi meditasi. Namun, kaki tidak dapat menunaikan permintaan itu kerana dewan yang ada digunakan kumpulan lain yang menempah awal.

"Berikutan itu kami membenarkan mereka menggunakan surau yang ada di resort. Tindakan mereka membawa peralatan keagamaan ketika menggunakan surau itu adalah di luar pengetahuan saya," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Kejadian berkenaan dikesan melalui satu video di Youtube, menunjukkan lebih 10 orang sedang menyertai satu upacara yang diketuai seorang individu berpakaian jubah berwarna oren di lokasi berkenaan.

Kumpulan berkenaan ditunjukkan berada dalam keadaan duduk mengadap satu objek yang didirikan dalam di depan, di ruang tengah dalam surau tersebut.

Video dimuatkan oleh pengguna Youtube yang menggunakan nama 'Sebastianphiu' itu turut menunjukkan hiasan tulisan dalam bahasa Arab di dinding surau terbabit.

Video sepanjang 1 minit 25 saat yang dikesan dimuatkan dua hari lalu telah ditonton lebih 10,000 orang setakat hari ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah