Jumaat, 16 Ogos 2013

Bekas Perdana Menteri dah mula bercakap pasal ISA dan EO. #rakyatnews #1Malaysia @inspirasiislami


Pembunuhan di jalanan menggunakan senjata api yang meningkat kebelakangan ini adalah harga bagi kebebasan yang perlu dibayar oleh setiap warganegara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata dalam suasana lebih liberal sekarang, sukar bagi pihak berkuasa untuk mengatasi keganasan seperti itu dan mereka hanya boleh mengambil tindakan setelah ia berlaku.

"Rakyat Malaysia amat baik dan mereka tidak suka membunuh satu sama lain...kecuali sekarang apabila pembunuhan agak lebih kerap berlaku setiap hari, ada orang yang kena tembak...itulah harga bagi kebebasan," katanya.

Sejak April hingga bulan lepas, 23 kes tembakan di jalanan dilaporkan berlaku di seluruh negara, termasuk yang melibatkan individu berprofil tinggi.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Perhimpunan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Membantu Palestin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Khamis.

Perhimpunan itu disertai sembilan NGO - Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), Aman Malaysia, Aqsa Syarif, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, Islamic Relief, Kelab Putera 1Malaysia, Mercy Malaysia, Malaysian Relief Agency dan Viva Palestina.

Dr Mahathir adalah presiden PGPF. -
Bernama.

KK : Cadangan untuk memperkenalkan ISA harus dikaji dan dibincangkan semua pihak berkaitan kerana sekiranya keselamatan negara terjejas ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan Negara.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah