Jumaat, 16 Ogos 2013

Dasyat !! Kelam kabut pakai baju ketika dicekup berasmara dalam kereta. #rakyatnews #1Malaysia @inspirasiislami


Alasan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan negeri mahu mengajak rakan sekerja wanita keluar makan gagal melepaskan dirinya daripada ditahan penguat kuasa agama di sebuah rumah di Taman Selasih, di sini, kerana disyaki berkhalwat, kelmarin.

Serbuan dilakukan jam 3.50 petang oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) selepas menerima maklumat lelaki berusia 40 tahun itu sering berkunjung ke rumah wanita berusia 35 tahun terbabit.

Ketua Unit Penguat Kuasa Agama PADK Azmi Abdul Rejab berkata, lima pegawai penguat kuasa agama bersama dua anggota polis melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan dan mendapati pintu pagarnya berkunci lalu memberi salam, tetapi tiada jawapan.

Menurutnya, seorang pegawai penguat kuasa memanjat pagar dan memberi salam sekali lagi di depan pintu utama yang berkunci dari dalam manakala pegawai lain mengepung rumah terbabit.

"Seorang lelaki memakai baju kemeja-T serta berseluar panjang hitam membuka pintu dan pegawai penguat kuasa memperkenalkan diri sambil menerangkan tujuan kehadiran mereka untuk melakukan pemeriksaan.

"Lelaki terbabit memaklumkan dia bersama seorang wanita di rumah berkenaan yang juga rakan sekerjanya kerana mahu mengajaknya keluar makan.

"Soal siasat mendapati wanita terbabit masih bujang dan tiada hubungan mahram dengan lelaki berkenaan menyebabkan mereka ditahan untuk siasatan," katanya.

Dalam satu lagi kejadian, sepasang kekasih berusia 20-an ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan iaitu pasangan lelaki tidak memakai baju dalam sebuah kereta di Taman Desa Impian di sini, kelmarin.

Azmi berkata, pegawai penguat kuasa membuat pemeriksaan kira-kira jam 5.30 petang di kawasan itu selepas menerima maklumat awam dan menemui sebuah kereta diletak di hadapan bangunan rumah kedai.
"Ketika sampai, wanita terbabit tergesa-gesa membutangkan bajunya manakala pasangan lelaki tidak memakai baju, hanya berseluar jeans.

"Pemeriksaan lanjut mendapati mereka tiada hubungan mahram dan dibawa ke Balai Polis Kulim," katanya.

Katanya, kedua-dua pasangan itu ditahan mengikut Sekyen 9 (1)(2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah Tahun 1988 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah