Thursday 8 August 2013

Pasangan ditangkap ketika lepas 'hajat' dalam kereta.


Seorang lelaki berusia 31 tahun dan rakan sekerjanya yang berusia 19 tahun, telah dihukum penjara sebulan selepas mereka ditangkap sedang bercium di dalam kereta bercermin gelap, di belakang masjid Al Muhaisna.

Mereka didakwa melakukan perbuatan berkenaan pada 21 Januari lalu.

Pasangan itu mengaku tidak bersalah.

Mereka ditangkap selepas seorang lelaki melihat kereta wanita itu diletakkan di antara dua buah trak dalam keadaan enjin dihidupkan.

Dia mendakwa melihat pasangan berkenaan dalam keadaan mencurigakan sebelum menghubungi polis.

Menurut laporan polis, gadis itu memberitahu mereka berbual kosong sebelum bercium.

"Secara tiba-tiba sebuah kereta diletakkan di tepi kereta saya dan lima minit kemudian polis pun tiba. Saya mengaku kami bercium dalam kereta namun tidak melakukan hubungan seks.

"Saya mengenalinya sejak setahun lalu kerana kami rakan sekerja,'' katanya.

Gadis itu juga mendakwa enggan memberikan kad pengenalannya kepada anggota polis itu kerana dia berpakaian baju biasa dan tidak menunjukkan kad pengenalan.

Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment